CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: girlspretty

apa pendapat korang...........

[Copy link]
Post time 23-7-2011 10:32 AM | Show all posts
1) kenapa peniaga melayu selalu fail?
*tak mesra pelanggan- cuba tengok perangai peniaga2 melayu. konon2 ko datang nak tengok2 barang je dulu tapi bila tak beli, terus pelanggan kena marah. apakah?
*pusingan modal tak betul
*terlalu percaya dengan benda mistik2 ni -eg: pelaris, bomoh..
*penyakit hasad dengki

2) asal hari jumaat jem nak mampus kat kl..
*jumaat lepas kerja masing2 nak keluar enjoy dengan rakan2 lepas keje
*lagipun lunch break hari jumaat lama. time ni boleh keluar jalan jauh2
*TT jangan la ikut jalan yang kompem2 jem. try ikut jalan dalam. sure tak jem langsung

yang ni point yang tambah ikut pengamatan aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 21# ren0_0


    haah betul tu .. aku penah tgk barang kedai pastu semua tak berkenan... boleh tuan kedai kedai tu ckp dah tgk tu takkan tak beli... pastu aku ckplah kirteria barang 2 yg aku nak tuh......pastu aku belilah sbb kesian ... ikut ati nyesa jer singgah.......

jln dlm2 ni manalha aku tahu sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 02:29 PM | Show all posts
jawapan manthop dr anda sumer......blk Lang aku bg tashang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by arwien at 23-7-2011 15:59
1) kenapa peniaga melayu selalu fail?
2) asal hari jumaat jem nak mampus kat kl..
girlspretty Post at 21-7-2011 19:00



1. kenapa peniaga melayu selalu fail?

pendapat aku :
- tak bersungguh2..awal2 jer berusaha, lepas tu hangat2 taik ayam. Bile dah untung skit, buat endah tak endah jer, taknak maintain usaha/kualiti
- modal kurang, terpaksa buat pinjaman utk berniaga. Kalu pinjaman tak lepas, susah la. Kalu dah dpt pinjaman plak, maybe ade problem masa awal2 utk membayar pinjaman/rolling modal, so lepas tu bungkus terus.
- bad service, tak fikir utk maintain potential/regular customer.
- kuat menipu / tak amanah bile berniaga. so rezeki tak berkat, Tuhan tak murahkan rezeki.
- tak bayar zakat bile dah untung / pinjaman tak bayar.
- support tak kuat. lagi ramai org suka tengok diaorg jatuh dr maju. kalu dah maju mesti ade yg dengki (sama2 melayu dengki).
- ilmu kurang / tak berusaha utk mendalami, angan2 jer lebih. Nak kaya cepat, tapi usaha tak seberapa, suka ambil jalan pintas / jalan mudah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:35 PM | Show all posts
Kenapa Peniaga Melayu selalu fail.

Banyak dah pandangan dan pendapat yang diutarakan sama ada oleh mod mahupun forumer yang lain... Zad nak tambah beberapa sebab mengapa orang melayu selalu gagal dalam perniagaan. Bukan semua yang gagal tapi kebanyakannya...Satu fakta : Peniaga Melayu hanya mampu menguasai 10peratus hartanah (ruang niaga) kormesial di negara kita. (sumber utusan malaysia)

Sebagai contoh:  Arkeb Niaga Pekan Rabu Sungai Petani Kedah. MPSPK telah membina ruangan arkeb niaga kepada para peniaga bumiputera. Lengkap  dengan tempat letak kereta bawah tanah dan disediakan pelbagai kemudahan. Tapi sayang mengapa bangunan yang cantik dan serba lengkap hanya menjadi gajah putih? Salah satu sebabnya adalah kedudukan bangunan tersebut . Kawasan ini terletak di kawasan perniagaan kaum lain. Niat dan tujuan MPSPK adalah baik kerana hendak kaum melayu berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain. Sayang sekali tak mendapat sambutan bukan sahaja kaum cina dan india malahan juga tidak mendapat sambutan dari kaum melayu sendiri. Kalau dah orang Melayu sendiri tak mahu menolong orang melayu siapa lagi yang menolong bangsa kita.


Jenis perniagaan.

Jarang sekali kelihatan orang melayu terlibat dalam perniagaan tertentu sebagai contoh farmasi, hardware dan sebagainya. Bukan tak ada tapi tak ramai. Orang melayu lebih suka terlibat dalam perniagaan bermusim dan juga jenis perniagaan yang dirasakan akan mendapat sambutan. Contohnya ada suatu masa dahulu, ada perniagaan air jambu.. masa tengah popular air tu.. dalam setiap setengah km akan ada gerai yang menjual air tersebut. Sehingga kini gerai tepi jalan tu dah tak ada lagi. Begitu juga dengan penjualan sesuatu barang ataupun perkhidmatan. Apabila dilihat ada seorang peniaga yang berjaya dan mendapat sambutan, tak lama lepas tu timbullah perniagaan yang sama bagaikan cendawan lepas hujan. lebih memedihkan dekat-dekat pulak tu,


Dewan Perniagaan.
Tatkala kaum lain sibuk membantu untuk mewujudkan lagi lebih ramai perniaga yang berjaya ataupun taueh2 dikalangan mereka. Dewan perniagaan kita pulak sibuk bercakaran memikirkan tentang jawatan itu dan ini lebih dari memberi khidmat dan nasihat kepada mereka yang memerlukan.

Ubahlah sikap kalau nak memastikan kejayaan itu menjadi milik kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:51 PM | Show all posts
Terima ksih mod...
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054230 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list