View: 115|Reply: 0
|
Kerajaan pastikan sasaran tercapai
[Copy link]
|
|
KERAJAAN akan memastikan semua sasaran yang ditetapkan di bawah pelbagai pelan ekonomi dicapai meskipun wujud ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah disebabkan krisis kewangan negara berkenaan.\r“Ia (krisis di AS dan Eropah) tidak akan menyebabkan kita berdepan banyak masalah tetapi ia tentunya akan menjadi kekangan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada Seminar mengenai Amalan Terbaik dalam Industri Pembinaan di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, masalah defisit dan hutang AS menjadi polemik sekarang ini.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, Nor Mohamed berkata, rakyat Malaysia perlu bekerja keras untuk mengatasi kesukaran persekitaran ekonomi yang tidak begitu baik ini.\rBeliau berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi kerajaan bagi tahun ini antara lima hingga enam peratus kekal kerana ia dibuat berdasarkan kepada persekitaran ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|