CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Ingin terbang lebih tinggi

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Pesawat muncul dengan album sulung selepas tiga tahun menunggu\rSETELAH hampir tiga tahun bertungkus lumus mengerah keringat mencari masa terluang untuk menghasilkan album, kini kumpulan Pesawat tampil dengan buah tangan sulung mereka yang bertajuk, Take Off, dengan judul lagu yang serba serbi berkenaan dengan kapal terbang, bersesuaian dengan nama komersil yang digunakan.\r\n\n\n\n\r Album ini dihasilkan sepenuhnya oleh mereka di bawah syarikat rakaman sendiri yang digelar Pramugaru Music, yang ditubuhkan searus dengan pergerakan kumpulan terbabit sebagai artis indie.\r\r\n\n\n\n\n Majlis pelancaran yang mendapat kerjasama daripada Yes dan Laguna Music sebagai ejen pengedar ini diadakan di pusat beli belah Lot 10, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan kehadiran barisan pemuzik yang juga kenalan rapat kumpulan Pesawat serta wakil media.\rTurut hadir ialah Ketua Pemasaran dan Perkhidmatan Digital, Celeste Koay Ting Ting dan Pengurus Besar Laguna Music, Jeremy Little.\rMenzahirkan rasa terharu dengan penuh kesyukuran di atas kelahiran album pertama mereka, Pesawat yang dianggotai Jipie (vokalis), Mann (bes), Nizam (gitar), Kudux (dram) dan Danial (synthesizer) turut menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu baru mereka, seperti Turbulence dan Bingit.\rJipie yang bertindak sebagai jurucakap kepada kumpulan ini berkata, sepanjang tiga tahun perjalanan mereka sebagai pemuzik, kini album yang memakan perbelanjaan kira-kira RM30,000 ini memuatkan karya yang lebih matang dan segar, di samping memenuhi cita rasa pendengar yang variasi.\r\n\n\n\n\r\"Pelbagai kelainan kami tampilkan dalam album sulung ini. Peminat boleh mendengar barisan single yang pernah ke udara sebelum ini, pada masa sama memberi lebih pilihan dengan barisan lagu baru. Mungkin kami mengambil masa yang agak lama untuk tampil dengan sebuah album kerana kekangan dari segi masa dan perbelanjaan. Oleh itu, penantian selama tiga tahun ini kami hadiahkan dengan 13 lagu, khas buat santapan peminat di luar sana.\r\"Kami pernah ke luar negara seperti Indonesia dan Singapura bagi mempromosikan lagu kami, dan pada masa itu kami hanya sandarkan kepada barisan single kami untuk diperdengarkan. Kini selepas terhasilnya album Take Off, kami lebih yakin untuk melakar nama, dan seboleh-bolehnya kami mahu menembusi pasaran luar negara, seperti Eropah.\r\"Dalam usaha mempromosikan album ini, kami akan ke CT Cafe City Plaza, Johor Bahru pada 23 Julai ini dan di lokasi yang sama seperti hari ini, iaitu di Yes Flagship Store di pusat beli belah Lot 10, pada 30 Julai. Kami akan adakan persembahan akustik secara percuma, di mana peminat berpeluang untuk berinteraksi secara dekat bersama kami,\" katanya.\rLebih menarik, album yang dirakam di rumah banglo, Green House, Ampang ini turut memuatkan lagu bonus khusus buat Syawal yang bakal menjelma, di mana mereka menghadiahkan lagu raya berjudul Menjelang Syawal, yang hanya boleh didapati di dalam album tulen. Lagu ini mempunyai kelainan di dalam susunan muziknya, dengan alat muzik tradisional seperti gendang ibu, rebana dan gamelan turut digunakan.\rSementara itu menurut Jeremy, album kumpulan Pesawat ini akan diedar dan dijual di seluruh kedai serbaneka, 7-Eleven, di sekitar tanah air, secara tidak langsung memudahkan peminat untuk mendapatkan album ini, malah pada masa sama membuka peluang untuk meraih lebih ramai pembeli album tulen.\rHimpunan single, lagu baru\rALBUM pertama Pesawat memuatkan 13 lagu, Melayu dan Inggeris, iaitu enam lagu baru dan tujuh single. Enam lagu baru berkenaan ialah Numb, Turbulence, Rapuh, Bandaraya Ibu Kota, Take Off dan Jet Lag.\rSingle yang dimuatkan terdiri daripada lagu pertama mereka sehinggalah yang terbaru, iaitu Mirage, Hitam, Brand New Day, Bingit, Mesti Mau, dan lagu Excuse Me yang pernah menduduki tangga pertama selama tiga minggu berturut-turut di stesen radio tempatan, Hitz FM dan Fly FM, serta Rasional Emosional yang mendapat putaran hangat di radio Xfresh FM, Muzik FM, Era FM dan Sarawak FM.\rMirage ialah lagu pertama yang memperkenalkan kumpulan ini kepada peminat secara lebih meluas, sehinggalah ke Asia Tenggara. Muzik video Mirage juga mendapat kerjasama dari pihak Channel V, Malaysia Airlines, Malaysia Airport dan Astro. \rAgak menarik, Pesawat ialah kumpulan pertama yang membuat persembahan di pintu berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan satu-satunya kumpulan yang melancarkan muzik videonya di atas kapal terbang, Mas Boeing 777.\rSeterusnya disiarkan di Channel V di Hong Kong, Indonesia dan Singapura serta di MTV Asia. Bagi yang kurang mengenali kumpulan ini, merekalah individu di sebalik lagu tema kempen Twisties, Mesti Mau.\rUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan yang pernah merangkul anugerah Lagu Terbaik di stesen radio popular Bahasa Inggeris, Hitz FM, menerusi lagu Excuse Me ini, peminat boleh melayari laman sesawang www.pesawatmusic.com dan laman sosial mereka, www.facebook.com/pesawatmusic.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list