View: 181|Reply: 0
|
Peluang pingat dalam jangkauan
[Copy link]
|
|
Skuad memanah sasar kedudukan podium pada Sukan Olimpik 2012\rTIKET ke Sukan Olimpik 2012 London sudah ditempah, sasaran baru adalah memastikan pingat dalam genggaman pemanah negara dengan memperbaiki segala kelemahan dalam tempoh masa setahun lagi.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Abdul Hamid Hasan berkata hasil perbincangan dengan ketua jurulatih, Lee Jae-hyung mendapati sasaran pingat itu adalah dalam jangkauan bagi acara recurve berpasukan lelaki namun sukar bagi acara individu.\r\r\n\n\n\n\n “Susah untuk meletakkan emas sebagai sasaran namun prestasi pemanah pada Kejohanan Memanah Dunia di Itali menyaksikan pasukan kita mampu bersaing dengan mendapat mata yang lebih kurang sama dengan pasukan handalan dunia seperti Perancis namun akhirnya tewas dalam pusingan penentuan kalah mati. \r“Oleh sebab itu, pemanah kita perlu berlatih lebih gigih bagi membaiki kelemahan yang ada bermula sekarang kerana tempoh masa setahun adalah singkat,” katanya selepas sambutan ketibaan pemanah - Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad daripada Kejohanan Memanah Dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.\rChu Sian, Haziq dan Khairul mendapatkan tempat ke Olimpik buat pasukan negara apabila menduduki tempat kesembilan pada kejohanan di Itali, minggu lalu.\rAbdul Hamid berkata pemanah negara turut menyertai siri Piala Dunia di Shanghai, bulan depan dan Kejohanan Memanah Asia di Iran pada Oktober ini bakal menjadi medan bagi pemanah wanita pula mencuba nasib mendapatkan slot kelayakan individu ke Olimpik.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|