|
Hormati lawan kerana mampu tewaskan juara bertahan di suku akhir\rFRANKFURT: Jurulatih Sweden, Thomas Dennerby bimbang terhadap lawannya, Jepun menjelang separuh akhir hari ini tetapi berharap pasukannya boleh meneruskan rentak kemenangan sehingga ke final Piala Dunia Wanita kali ini.\r\n\n\n\n\r Sweden menempah tempat untuk perlawanan di Frankfurt, hasil kemenangan 3-1 ke atas Australia Ahad lalu dan tarian yang menjadi identiti mereka- yang dilakukan selepas hampir setiap jaringan - semakin menjadi ciri istimewa kejohanan di Jerman itu.\r\r\n\n\n\n\n Jepun layak ke separuh akhir dengan mengejutkan juara bertahan dan tuan rumah, Jerman 1-0 di Wolfsburg Sabtu lalu, menerusi jaringan pemain gantian, Karina Maruyama pada masa tambahan.\rDi sebalik nama timangan mereka ‘Nadeshiko’ atau bunga merah jambu yang melambangkan kelembutan dan kecantikan, Jepun nyata tidak boleh dipandang rendah dan pernah menewaskan Sweden dengan keputusan 2-1 di kejohanan Piala Algarve, Mac lalu.\rDennerby berkata, dia terkejut pasukannya tidak berdepan Jerman tetapi berkata, Jepun berhak mendapat penghormatan.\r“Sebenarnya, saya meramalkan kami akan menentang Jerman, tetapi Jepun bermain sangat pantas, mempunyai kemahiran teknikal dan kami pernah tewas kepada mereka di Algarve,” kata jurulatih 51 tahun itu.\r\n\n\n\n\rJepun juga mengikat Sweden 1-1 dalam persahabatan menjelang Piala Dunia dan jurulatih mereka, Norio Sasaki menjangkakan satu perlawanan sengit.\rSementara itu, jurulatih Perancis, Bruno Bini yakin skuadnya perlu menampilkan skil terhebat untuk menewaskan Amerika Syarikat dalam satu lagi pentas separuh akhir hari ini.\rSelepas juara bertahan dua kali, Jerman dan Brazil, finalis 2007 tersingkir, AS menjadi satu-satunya pasukan pilihan yang masih kekal dalam saingan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|