CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

KL laung amaran pertahan trofi

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA Lumpur berbekal enam pemain kebangsaan yakin dapat mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Tun Razak-100PLUS walaupun pasukan berkenaan hanya akan berkumpul berlatih dua hari sebelum kejohanan itu bermula pada  23 sehingga 28 Julai ini di Melaka. Diletakkan dalam Kumpulan A bersama Johor, ATM dan Pulau Pinang, pengurus pasukan, Mohd Johari Abd Aziz berkata biarpun tidak diletakkan dalam kumpulan maut, kebimbangannya lebih kepada ketiadaan separuh daripada pasukannya membabitkan pemain skuad Projek 2013 dan kini berlatih di Eropah.\n\n\n\n   “Saya agak risau apabila tidak dapat mengumpulkan semua pasukan sehingga pada 21 Julai ini namun saya tidak bimbang tahap kecergasan mereka cuma bimbang jika tidak ada persefahaman kumpulan dan masalah kecederaan,” katanya selepas majlis undian Piala Tun Razak 2011, semalam.\n\n\n\n\n   Membariskan enam pemain kebangsaan seperti Muhammad Razie Abd Rahim, Muhamad Amin Rahim dan Mohd Shahrun Nabil Abdullah bagi edisi kali ini, Kuala Lumpur menjulang trofi buat kali ke-18 tahun lalu selepas menumpaskan Perak 1-0 dalam final.Sementara itu, format baru perlawanan mengikut zon pada peringkat kelayakan kejohanan akan diteruskan  tahun depan selepas matlamat pembaharuan itu berjaya dipenuhi tahun ini.Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh berkata pengenalan perlawanan mengikut lima zon - Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Barat pada edisi ke-49 tahun ini sudah memenuhi matlamat lebih banyak pasukan memeriahkan kejohanan kebangsaan itu.    “Selalunya kami menerima penyertaan antara 10 hingga ke 12 pasukan setiap kali penganjuran namun pada kali ini kita berjaya memecahkan rekod dengan penyertaan 16 pasukan secara keseluruhan,” katanya.\n\n\n\nINFOPIALA RAZAK 2011  Divisyen 1Kumpulan A: Johor, Kuala Lumpur, ATM, Pulau Pinang Kumpulan B: Pahang, Terengganu, Melaka, PerakDivisyen 2Kumpulan A: Projek 2017, Selangor, Perlis, Kelantan Kumpulan B: Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah, Kedah

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.114619 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list