CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Dengarnya: Perihal kerendahan hati Sam

[Copy link]
Post time 12-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SUNGGUH terharu Cik Normah mendengar kisah seorang pelakon lelaki popular, siapa lagi kalau bukan jejaka yang kini menjadi idaman ramai, Shaheizy Sam. Teman Cik Normah yang juga seorang personaliti yang menelefon Cik Normah beberapa hari lalu, tak sabar-sabar hendak menceritakan kemuliaan hati si Sam ni.Selain bergelar personaliti, teman Cik Normah yang kecil molek orangnya ini turut bergelar penulis filem undangan untuk sebuah akhbar. Dia ni pun pergilah menonton filem Sekali Lagi lakonan Sam, Lisa Surihani, Bront Palarae dan Mia Sara. Dia bukanlah tidak menyukai watak yang dibawakan Sam, cuma dia keliru dengan wataknya. Dalam sinopsis wataknya ditulis seorang penghidap autisme. Bagaimanapun, dalam filem itu cara Sam membawakan wataknya berbeza pula. \n\n\n\nKeliru dengan lakonannya itu, maka teman Cik Normah pun menegurlah dalam artikel dia. Selang beberapa hari, teman Cik Normah ini menerima e-mel daripada Sam sendiri. Jangan salah faham, bukan e-mel marah-marah ye... Sebaliknya e-mel yang penuh rendah diri, malah berkali-kali memohon maaf sekiranya penjelasan mengenai watak yang dibawakan dalam Sekali Lagi mengundang perasaan kecil hati teman Cik Normah.\n\n\n\n\nMemang melangit sungguh pujian teman Cik Normah pada Sam. Dia kata, Sam memang seorang pelakon yang baik dan merendah diri sekalipun sudah bergelar pelakon popular. Langsung tiada bunyi riak atau lagak dalam e-mel yang dikirimkan kepada teman Cik Normah itu. Tidak seperti sesetengah pelakon, pengarah atau penerbit, katanya. Bukan sekali teman Cik Normah berdepan dengan ugutan saman daripada penerbit yang tidak dapat terima kenyataan jika filem mereka dikritik.Kata teman Cik Normah itu, sepatutnya penerbit, pengarah ataupun pelakon lain mencontohi sikap si Sam ni. Bukan nak melenting tak tentu pasal. Kata Sam lagi, dia tahu dia budak baru, jadi banyak perkara yang perlu dipelajarinya. Malah dia berterima kasih sebab ditegur kerana cara itu dapat membantu dia memperbaiki mutu lakonannya pada masa depan. Jadi kepada pengarah, penerbit dan pelakon yang sensitif tak bertempat, ambillah kisah Sam ini menjadi pengajaran agar kita boleh melahirkan pelakon dan karya yang lebih baik. Janganlah bila ditegur, asyik ugut nak saman saja. \n\n\n\nKalau macam itu, lain kali jangan panggil media untuk sesi pratonton. Kalau takut sangat, tayang saja filem itu terus. Buatlah publisiti berupa iklan di televisyen atau pun apa saja medium yang boleh.Oh ya, berbalik kepada cerita Sam, ada teman lain pula berkata, beberapa hari lalu dia sempat berbual mesra dengan pelakon itu. Sam ada juga menjelaskan, lakonannya dalam filem Sekali Lagi bukanlah sebagai lelaki autisme sebenar, sebaliknya watak lakonannya ‘terpaksa’ berlagak seperti itu kerana ada rahsia di sebaliknya. Nak tahu rahsia apa, kenalah ramai-ramai pergi menontonnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list