|
“KAMI berhak menang,” demikian pendapat jurulatih, Omar Ali selepas membawa UiTM Shah Alam mengekal gelaran Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam saingan bola sepak Liga IPT 2011 selepas mengecewakan Kolej Komuniti Kedah (KKK) menerusi penentuan penalti 5-4 di Stadium UiTM Shah Alam, kelmarin.Menyifatkan ia sebagai aksi final terbaik dalam saingan liga IPT, Omar berkata: “Saya tetap berpuas hati walaupun kami terpaksa mengharungi 120 minit perlawanan penuh getir dan terpaksa mengharungi penentuan penalti.\n\n\n\n “KKK mungkin bernasib baik kerana gawang tidak dibolosi pada masa permainan sebenar tetapi kami lebih bernasib baik pada sepakan penalti. Memang kami berhak menang.”\n\n\n\n\n Bagi jurulatih KKK, Mohamad Ramlee, walaupun kecewa nasib tidak menyebelahi anak buahnya, dia tetap berpuas hati dengan kesungguhan pemain memberi tentangan sengit di gelanggang juara bertahan yang mendapat sokongan hampir 3,000 penyokong sendiri.“UiTM pasukan hebat dan saya bangga anak buah mampu mengasak hingga memaksa kemenangan ditentukan menerusi penalti. Itupun selepas tujuh sepakan. “Kami sudah beri 100 peratus sepanjang 120 minit permainan. Apabila tewas menerusi penentuan penalti seperti ini, ia lebih kepada nasib,” kata bekas pertahanan Kedah yang pernah menjuarai Piala Malaysia 1993 itu.UiTM yang menewaskan UKM pada final tahun lalu, membawa pulang wang tunai RM30,000 manakala KKK berpuas hati dengan RM20,000. Hadiah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|