View: 142|Reply: 0
|
Raja Libas tak kacau Piala Dunia
[Copy link]
|
|
Edisi pertama itu terima sambutan hangat kerana pelancaran filem LibasKEJOHANAN Sepak Takraw Antara Regu 1Malaysia bagi merebut Piala Raja Libas yang membuka tirainya di Stadium Titiwangsa semalam, tidak mengganggu persiapan kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 yang turut berlangsung di gelanggang sama, 21 Julai nanti.\rSetiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya berkata, jarak waktu seminggu selepas Piala Raja Libas boleh digunakan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi kejohanan sulung peringkat dunia itu.\r\n\n\n\n\r “Sama sekali tidak mengganggu kelancaran Piala Dunia 21 Julai ini. Di sini kami akan menggunakan gelanggang baru berwarna merah bagi menggantikan gelanggang lama (hijau).\r\r\n\n\n\n\n “Di kejohanan dunia nanti, kami juga akan menggunakan sistem kiraan baru iaitu tiga kali servis sebagai peringkat akhir mencuba sistem ini di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Piala Raja Libas, di Stadium Titiwangsa, semalam.\rWalaupun senarai regu bagi kejohanan Raja Libas agak tersasar apabila hanya 24 regu menyertainya, Arshad optimis kejohanan edisi pertama itu bakal menerima sambutan hangat kerana dianjurkan bersempena pelancaran filem Libas, 29 September nanti yang dibintangi Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya.\r“Jika dulu sepak takraw dikatakan sukan lesu tetapi kini saya lihat ia sudah berubah di mana empat kejohanan dianjurkan di seluruh negara sepanjang Julai ini termasuk Piala Dunia ISTAF.\r“Saya menyanjung tinggi usaha MDAG Marketing Sdn Bhd membuat filem ini kerana sepak takraw bermula di Malaysia. Dengan penayangan filem ini, diharap ia dapat mempertingkatkan minat dan martabat sepak takraw semula,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|