CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Gay terpaksa lupakan trek setahun

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RALEIGH: Pemenang pingat perak 100 meter dunia dari Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay telah menjalani pembedahan artroskopik terhadap pinggul kanannya yang cedera dan tidak akan berlari lagi tahun ini, kata pengurusnya kelmarin.\rGay, lelaki kedua terpantas di dunia di belakang Usain Bolt, menjalani pembedahan itu di Vail, Colorado, Selasa lalu, kata Mark Wetmore dalam satu kenyataan.\r\n\n\n\n\r    “Doktor gembira dengan hasil pembedahan itu dan yakin Tyson akan kembali menyambung latihan asasnya yang biasa ketika musim luruh sebagai persiapannya menghadapi musim 2012,” kata Wetmore.\r\r\n\n\n\n\n    Gay yang sering mengalami kecederaan berharap dapat berlumba dengan pelari Jamaica, Bolt pada kejohanan dunia Ogos ini tetapi terpaksa menarik diri pada separuh akhir 100m pada pemilihan skuad AS untuk ke kejohanan dunia itu bulan lalu akibat kecederaan berkenaan.\rDia kini akan menumpukan perhatian terhadap pemulihan dan persediaan untuk Olimpik 2012 di London dan jangkaan pertembungan dengan Bolt.\r“Pembedahan terhadap kecederaan di pinggulnya berjalan seperti dikehendaki - tanpa sebarang perkara di luar jangka atau komplikasi,” kata Dr Marc Philippon dalam satu kenyataan. “Saya jangka dia akan kembali menyambung latihan selepas enam hingga sembilan minggu.” -Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.143639 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list