CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Tiket percuma Arsenal-Malaysia diserbu

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PEMINAT setia Arsenal dan skuad Harimau Malaya menyerbu Balai Berita di Bangsar seawal jam 8.00 pagi semalam bagi mendapatkan tiket perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Julai ini.\rBiarpun kaunter penebusan dibuka pada jam 10.00 pagi, beratus-ratus pembaca Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times beratur awal untuk menebus 14 kepala akhbar bagi satu tiket perlawanan dan satu pas sesi latihan pasukan.\r\n\n\n\n\r   Penyokong Arsenal, Mohd Imran Othman berkata, sebagai peminat setia pasukan Liga Perdana Inggeris, dia merancang membeli tiket perlawanan sebelum mendapat tahu mengenai penebusan tiket percuma.\r\r\n\n\n\n\n   “Pada mulanya saya ingatkan dapat tiket perlawanan saja, tetapi sangat teruja apabila turut mendapat pas latihan dan berharap Cesc Fabregas datang ke Malaysia,” katanya yang tetap akan mengenakan jersi Malaysia sebagai tanda sokongan kepada skuad negara.\rAhmad Hafiz Zulhilmi Zulkifli pula berkata, dia akan hadir ke stadium untuk memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.\r“Saya berbangga dengan Malaysia, apa lagi selepas peningkatan prestasi skuad negara sejak kebelakangan ini. Saya harap Malaysia dapat mengalahkan Arsenal 1-0,” kata penuntut 22 tahun itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.358525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list