CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 15

alahai tuan tanah...

[Copy link]
Post time 6-7-2011 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Saya sekarang menyewa tanah di sebuah kampung....untuk pengetahuan nilai sewa tanah di kampung saya dan kawasan yang sekitarnya adalah dalam rm50-70 sahaja.... Rumah tersebut adalah milik keluarga saya, cuma tapak saja yang kami sewa. persoalan saya sekarang ada x undang2 yang boleh mempertahankan penyewa tanah daripada di buli oleh tuan tanah?????????? tuan tanah saya itu suka membuat undang2 yang ikut kepala dia sahaja.... Cuba bayangkan kenapa saya tidak mendidih apabila tiba2 sahaja dia bagi surat notis kenaikan harga sewa tanah daripada rm50 ke rm 100..... naik 50 rgt o.....!!!! dan siap tulis notis  kat situ kecik atau besar harga sama. Sedangkan rumah saya tuh adalah yang terkecil di kawasan itu.....tambah lagi dia sering menuntut wang sewa tidak kena masa.....contohnya tarikh yang saya patut bayar sejak berbelas tahun dulu adalah 11hb dan tidak pernah sekalipun saya lewat membayar walaupun saya ni orang susah......pada tahun ini, tetiba saja dia mintak tukar ke 6hb..... orait lagi lah.....kami consider sebab dia tuan tanah...tapi sekarang lagi teruk.....dia akan teriak dengan adik saya walaupun belum sampai 6hb.......suruh adik saya mintak dwit dengan mak.......peliknya jugak ialah hanya kami sahaja yang dia buat begitu...penyewa tanah yang lain pulak tidak dipaksanya.......mungkin kerana saya tidak ada ayah sebab tu dia berani membuli..... dan mak saya pula bukan jenis yang suka melawan apabila di buli....

semua org bersimpati dengan kami namun tidak mampu berbuat apa2.......saya rasa dia suka mengikut kepala anginnya...pernah saya pergi berbincang dengan dia...saya malah dimakinya dan dia cakap "kalau kau tidak puas hati dengan peraturan kami..kau boleh pindah".......cakap memang senang tapi itukan rumah saya sejak berbelas tahun......saya tidak tahu mahu mengadu dengan siapa lagi.....makin lama makin  melampau.....tolong lah saya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 01:07 PM | Show all posts
kesian... dia memang cari fasal suruk awk pindah tu...... kementerian wanita, sebab mak awak ibu tunggal mesti diorg boleh tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:15 PM | Show all posts
ingat kat tuan tanah kat porem nie
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 1# iladamia

ni kena tanya yg arif ni...

cer citer ni kat kawasan mana ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:35 PM | Show all posts
Reply 3# puteri_impian


    haah aku pun pk mcm tu td.. asyk pk porem..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:36 PM | Show all posts
ko ni keje tak? ko gi la maner2 bdn kerajaan or tepon tanye pasai ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2011 02:09 PM | Show all posts
susah jg ni..
rumah sendiri...tp atas tanah org..
kalau TT suruh pindah..
kena la hangkut rumah tu ...letak kat mana2..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:50 PM | Show all posts
memang susah walau rumah tue rumah TT tapi tanah ttp milik tuan tanah, boleh x ana usulkan TT wat proper tenancy agreement so dalam agreement tue state tarikh yg TT kena bayar tiap bulan, hak TT dan hak tuan tanah

kalau dari segi undang2 kanun tanah negara mmg dia ada hak utk halau TT dr tempat tue sbb tue tanah dia dan dia gak yg registered dan beneficial owner. Dia boleh kata TT bina rumah tanpa izin klu dia nak wat dajjallah,

ana suggest TT pergi ke pejabat daerah dan mula bertanya kat mana TT boleh menyewa, boleh jugak cam poremer lain kata gie kementerian pembangunan wanita sbb mak TT ibu tunggal, may be diaorg leh carikan tempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by wawin at 7-7-2011 11:27

awak dan keluarga kena slow2 cari tapak rumah/rumah yg lain sebab tuan tanah tu memang nak awak keluar dr tanah dia. apa2 hal pun, itu tanah dia dan awak takde hak langsung ke atas tanah tu. rumah awak tu dia berhak robohkan atau arah awak pindahkan rumah tu, kecuali awak dgn tuan tanah ada perjanjian sewa tanah.   

pernah berlaku seorang ibu membenarkan seorang anaknya (A) membina rumah atas tanah si ibu. seorang anak yg lain pula (B) meminta untuk membeli tanah tersebut dan si ibu menjualnya (lebih kpd saguhati kepada si ibu). si B minta A keluar dr tanah tu, beserta dgn rumah sekali. keluarlah si A tanpa mendpat apa2 kerana si B tak mahu rumah tersebut dan kalau tak diangkat akan merobohkannya. sedih, tp kalau cerita pasal hak, mmg B berhak 100% atas tanah tu.

cadangan saya, pergilah ke mana2 pejabat tanah dan mohon dapatkan tanah, tp pastikan awak dan keluarga mmg tidak pernah mendapat tanah dr kerajaan. insyaAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:28 PM | Show all posts
TERIMA KASIH ATAS NASIHAT RAKAN2 SEKALIAN....... memang x da perjanjian hitam putih.... dia akan buat ikut suka ati dialah.....nampaknya memang xda cara la......huhuhu sebenarnya kawasan saya ne di sabah.....tapi x payah lah saya spesifikkan nama tempat saya ne..... Insya ALLAH saya akan mula bekerja bulan 8 ne........saya berharap sangat dapat membeli rumah lain untuk famili saya...doakan saya ya......

Tapi x sangka la pulak xda undang2 yang boleh mempertahankan penyewa tanah mcm saya ne.......saya bukannya apa...saya rasa x tenang kalu ada orang yang mengambil kesempatan dgn kelemahan org lain dan kita hanya mampu berdiam diri saja..... huhuhu sakit hati dibuatnya.......macam kena buli......

"kalau TT suruh pindah..
kena la hangkut rumah tu ...letak kat mana2.."

macam tuelah yang Tuan tanah selalu ugut..... saya berdoa semoga ada yang lebih baik yang Tuhan atur untuk saya.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 10:36 PM | Show all posts
bersabar ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:38 AM | Show all posts
Pergi di Wisma wanita di KK, ground floor ada kaunter khidmat pelanggan (tapi if jauh dr KK, nda pasti pulak dimana, maybe kena pejabat daerah kut).... pastikan emak mendaftar sebagai ibu tunggal di bawah JHEWA (Jab Hal Ehwal Wanita) Byk bantuan boleh dapat cam kursus utk anak2 dll... If layak iaitu  pendapatan kurang rm500 sebulan, daftar juga  ngan e-kasih & boleh mohon utk dapatkan rumah PPRT.  

TT jgn tunggu kena halau baru bertindak... usaha dr skg utk dapatkan apa yg perlu.

Selamat berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 10:57 PM | Show all posts
Nak mudah, g ke pejabat wakil rakyat...kut2 dia nk ambik kes.....pilihanraya ura-uranya dh nk dekat....doa la byk2 adu kt tuhan jgk..

klu nk ikutkn kes complicated gak, buat ghumah atas tanah org len, kna tgok agreement asal time dulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:29 PM | Show all posts
Salaam
Perjanjian penyewaan tanah tak serupa ngan penyewaan rumah.
Selalunya sewa rumah dibayar setiap bulan...tetapi sewa tanah dibayar pada setiap hujung tahun.

Sendiri buat perjanjian pastu paksa tuan tanah tandatangan persetujuan.
Kemudian surat tersebut bawak pi pesuruhjaya sumpah Rm6.oo ajer..

Oleh kerana surat perjanjian TT yang tulis maka 'favor' nya haruslah berpihak pada TT.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 11:40 PM | Show all posts
Buah fikiran aku untuk isi perjanjian...

Dengan ini bersetuju bahawa :
Bahagian penyewaan adalah untuk tanah sahaja yang berkeluasan XXX meter persegi.

Rumah yang di dirikan atas tanah tersebut adalah kepunyaan penyewa.

Oleh kerana rumah ialah 'harta tidak alih' maka pihak tuan tanah harus membayar pampasan mengikut harga semasa rumah tersebut.

Notis untuk mengosongkan tanah haruslah di beri sekurang kurangnya 6 bulan dari tarikh notis tersebut sampai kepada penyewa.

Segala tanam tanaman yang di tanam oleh pihak penyewa adalah hak penyewa.

Sesalinan geran pemilikan tanah oleh tuan punya tanah hendaklah di beri untuk rujukan penyewaan.

Waris yang di benarkan atau pengurus hartanah pada tanah yang disewa oleh penyewa sahaja berhak untuk menerima wang penyewaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 11:44 AM | Show all posts
tapi better jumpa org2 jabatan kebajikan masyarakat...
yela mana tau diaorang boleh tolong...
takut lama2 tuan tanah buat lebih buruk...
kita tak tau hati orang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.549286 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list