CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Niat kena ikhlas

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Salih dedahkan jiwa mesti bersih untuk beristeri lebih daripada satu \rJIKA melihat dari pandangan mata kasar, tampak begitu mudah Salih Yaacob, 48, mengemudi rumah tangga bersama empat isterinya termasuk Samihah Sheikh Ali atau Emi, 24, yang baru dikahwini 30 Mei lalu. \r\n\n\n\n\rPasti ramai tertanya-tanya bagaimana bapa kepada 11 cahaya mata daripada tiga isterinya itu menguruskan segala-galanya dari soal perbelanjaan keluarga hingga pembahagian masa dengan seadil-adilnya semetelah kerjaya seninya kini semakin memuncak.\r\r\n\n\n\n\nApa pun, akui pengacara, pelakon dan pelawak popular itu, segala-galanya dilakukan dengan nawaitu ikhlas demi Allah bukan berpoligami disebabkan suka-suka malah hingga saat ini dia sentiasa berusaha mengeratkan hubungan setiap anggota keluarganya. \rKatanya, manusia biasa tidak mungkin mampu lari dari sikap negatif namun pembersihan jiwa menerusi pembacaan al-Quran, memahami maksud, yakin serta beriman mampu menjauhkan setiap hambaNya dengan semua anasir kurang elok.\r“Sebagai ketua keluarga kita perlu memimpin anak, isteri kita dan memberikan layanan seadil-adilnya baik dari segi makan pakai mahu pun kasih sayang. Tiada yang saya lebih atau kurangnya kerana mereka semua nadi saya. \r“Namun saya juga bukan manusia sempurna. Cuma untuk memastikan tiada isu atau rasa kurang senang terpendam dalam hati, saya sendiri melalui proses pembersihan jiwa dan menerapkannya kepada isteri dan anak.\r\n\n\n\n\r“Ya, setiap hari saya seboleh-bolehnya akan pulang ke rumah isteri-isteri saya. Amalan membaca ayat al-Quran sudah saya praktikkan sejak dulu. Alhamdulillah, ia sememangnya mukjizat agung malah setiap perkara yang timbul kami akan bincangkan bersama serta mencari jalan penyelesaian,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program TV terbarunya, Salih Yaacob Show, I Follow.\rAura bahagia jelas melingkari hidup penyampai radio popular itu apabila dibibirnya tidak lekang bercerita soal keluarga termasuk percutian seminggu di Beijing membabitkan semua isteri dan tujuh daripada 11 anak serta 40 peminatnya awal bulan lalu.\rMenyatakan matlamat mengeratkan seluruh ahli keluarga terutama Emi dengan isterinya yang lain, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, dipermudahkan malah anak-anak juga seronok sepanjang percutian.\rMenyentuh mengenai popularitinya yang memuncak pada usia hampir menginjak 50-an, Salih berkata segala yang diraih pada hari ini adalah berkat doa seisi keluarganya malah ia rezeki daripada Allah yang tidak mungkin dipersiakan.\rPernah merasai keperitan termasuk mengalami sakit teruk sekitar awal 80-an dulu membuatkan dirinya mensyukuri setiap saat dalam hidupnya sekali pun pernah diuji dengan pelbagai macam dugaan.\r“Tidak kira sukar atau senang, saya sentiasa ingat supaya jangan lupa bumi di pijak. Bukan soal populariti yang saya banggakan tetapi penerimaan masyarakat adalah umpama penghargaan di atas hasil kerja saya selama ini.\r“Ini jua rezeki anak-anak apatah lagi semua isteri tidak bekerja. Syukur bersama rezeki yang saya kecapi ini, saya masih mampu menanggung keluarga. Semuanya berbalik kepada nawaitu ikhlas serta pembersihan jiwa,” katanya lagi yang sentiasa merendah diri.\rWalau punya program TV sendiri selain cukup disenangi pendengar stesen radio nombor satu, Sinar FM sejak bersiaran ke udara kira-kira empat tahun lalu, insan bernama Salih Yaacob ini tidak pernah mendabik dada sebaliknya merasakan dirinya masih perlu banyak belajar.\rTempias I Follow selain watak rekaan yang cukup setia menemani pendengar setiap pagi termasuk Wak Jawa, Abang Jem dan Mak Neng bersama isu menarik membuatkan Astro Warna merealisasikannya ke televisyen.\rKatanya, sebagai pelawak tidak semestinya kita menonjolkan idea kosong untuk meraih tawa kerana banyak isu semasa serta senario sekeliling yang boleh dijadikan bahan jenaka berisi.\r“Saya tidak hebat soal jenaka cuma pengalaman mendewasakan serta mematangkan kita. Kalau boleh dielak, jangan sesekali mengaibkan orang atau mengetengahkan bahan sensitif yang boleh menimbulkan rasa kurang senang insan atau pihak lain.\r“Apabila mula bersama keluarga Sinar FM, di situ saya belajar lagi banyak perkara baru malah semakin akrab dengan peminat apabila mendengar masalah mereka hanya dari corong telefon,” katanya yang tidak lokek berkongsi cerita.\rBerlawak biarlah bertempat\rTerlanjur berbicara soal isu sensitif, menerusi Hip 29 Jun lalu, Salih meluahkan rasa kurang senang apabila penampilannya dalam Maharaja Lawak Akhir yang sepatutnya dijadikan landasan mempromosikan program I Follow seakan dipersiakan produksi.\rTindakan teman gandingannya, Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu juga membuatkan Salleh tidak selesa.\rDiaju lagi persoalan mengenai isu itu, harapannya biarlah isu berkenaan tidak dijadikan lagi bahan jenaka sesiapa kerana ia kurang manis sekali gus boleh memberikan impak dia sengaja mahu meraih publisiti murahan.\r“Saya tidak kisah jika orang gurau berdepan tetapi rancangan itu disiarkan secara langsung dan ditatapi jutaan orang apatah lagi saya diundang untuk mempromosikan I Follow, membuatkan saya sendiri terpinga-pinga.\r“Bukan saya tidak datang ketika latihan, jadi apabila pada acara sebenar keadaan itu berlaku, saya agak terkilan. Berlawak biarlah kena pada masa dan tempatnya,” katanya yang enggan memanjangkan lagi isu terbabit.\rTerus ceria berbicara perihal program TV, dedah bapa penyayang itu dia sendiri tidak menyangka I Follow mempunyai ramai pengikut setia hingga menjadi fenomena dikalangan pendengar setia stesen radio berkenaan.\r“Saya berharap penerbitan Salih Yaccob Show, I Follow, mampu merapatkan lagi peminat dengan saya terutama menerusi watak seperti Abang Jem, Mak Neng dan Wak Jawa apatah lagi topik yang kami bincangkan juga turut membabitkan tetamu undangan.\r“Selepas tiga tahun tidak muncul dalam program seumpama ini, saya sahut cabaran Astro Warna. Istimewanya mereka memberi sepenuh kebebasan mencorak program ini asalkan tidak tersasar dari matlamat asal,” katanya.\rDibahagi kepada lima segmen iaitu I Follow, sebuah persembahan pembuka tirai disusuli Segmen Betul Tak di mana Salik akan berceloteh dengan Mek mengenai topik selain tiga segmen yang tidak kurang lucu - Kembang Sa-Taman, Corat Coret dan Lagu Merapu.\rProgram Salih Yaccob Show, I Follow yang dijangka disiarkan sebanyak 52 episod akan menemui penonton pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 8 Julai ini di  saluran Astro Warna.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list