View: 158|Reply: 0
|
Fragmen: Pelakon wanita kurang laris?
[Copy link]
|
|
Fragmen: Pelakon wanita kurang laris?Oleh Zainuri [email protected]/07/04\n\n\n\n\n\n\n\nBARU-baru ini apabila duduk berbual dengan seorang perunding untuk majlis keramaian dan korporat di sebuah hotel di Bukit Bintang, terkeluar satu kenyataan yang sangat menarik untuk difikirkan.\rKatanya, sejak akhir-akhir ini walaupun kita ada ramai pelakon perempuan yang cantik dan muda, tetapi semuanya tidak menonton. Sebaliknya, walaupun pelakon lelaki tidak ramai, tetapi penampilan mereka baik dalam filem atau drama nampak lebih ketara. \r\n\n\n\n\rDia mengambil contoh dalam filem KL Gangster. Semua watak utamanya ialah lelaki iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Sofi Jikan dan Zizan Razak. Filem itu boleh dikatakan langsung tidak ‘menjual’ pelakon perempuan. Kemunculan Sheera Iskandar boleh dianggap sebagai mencukupkan korum saja. \r\r\n\n\n\n\nNamun, filem KL Gangster tetap menghasilkan kutipan yang luar biasa. Sebelum itu, filem Kongsi juga meletakkan kekuatan pelakon lelaki seperti Shaheizy Sam yang kebetulan adalah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010). Begitu juga dengan filem komedi seram seperti Ngangkung atau Jangan Pandang Belakang Congkak yang kekuatan ceritanya terletak kepada lakonan Shahiezy Sam, Lan Pet Pet dan Cat Farish. \rRakan saya itu juga turut mengambil contoh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, yang mana kekuatan ceritanya diletakkan pada watak lelaki seperti Awie, Johan, Syed Asri atau Usop Wilcha selain dua pelakon veteran, Zami Ismail dan Man Kadir. Manakala penampilan Umie Nazeera pula dilihat sebagai sampingan sahaja. \rPerkara ini adalah sangat subjektif. Ia mungkin sekadar perbualan kosong antara saya dengan kawan saya itu. Ia tidak membawa maksud apa-apa, jauh sekali hendak merendahkan kewibawaan pelakon wanita. Apa yang berlaku terhadap sambutan filem KL Gangster, Kongsi, Ngangkung atau Jangan Pandang Belakang Congkak itu hanyalah contoh kebetulan saja. \rNamun begitu, ini sebenarnya satu cabaran kepada pelakon wanita. Kita perhatikan ramai pelakon wanita muda dan cantik diketengahkan oleh penerbit dan pengarah. \r\n\n\n\n\rTetapi dirasakan tidak ada seorang pelakon wanita yang kita boleh anggap sebagai betul-betul menonjol untuk menjadi pelapis kepada pelakon berkarektor seperti Azean Irdawaty, Fauziah Nawi, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatimah dan Susan Lankaster.\rSemua pelakon muda sekarang, baik lelaki atau wanita diberikan pendedahan sama rata oleh setiap media. Mereka diberikan sokongan publisiti kerana ia penting untuk menjenamakan diri masing-masing.\rMungkin betul pelakon angkatan muda ini memerlukan masa untuk menggilap bakat mereka. Tetapi berapa lama? \rHari ini, penonton semakin bijak. Penonton, terutama untuk filem tidak muda terpengaruh dengan kecantikan dan ketampanan pelakon. Selena Gomez yang cantik dan comel dalam filem Monte Carlo masih tidak cukup kuat untuk mempengaruhi penonton ke panggung. Orang tidak sabar untuk menonton filem Impossible nanti bukan kerana ketampanan Tom Cruise tetapi disebabkan aksinya yang lasak dan mendebarkan dalam filem itu.\rSesetengah pengarah yang bijak pula, mengambil pelakon mengikut kesesuaian watak dan ia tidak semestinya orang yang muda dan cantik sahaja. Penulis skrip juga hari ini menghasilkan karya yang kekuatannya berdasarkan kepada cerita menarik, bukan lagi kepada siapa pelakon yang bakal memegang watak rekaannya. Watak yang direka itu mungkin pelakon kurang cantik atau tampan, tetapi disebabkan ceritanya yang kuat, ia boleh memberikan persembahan terbaik. \rPerkara ini terletak pada inisiatif pelakon itu sendiri. Sikap pelakon juga kena berubah. Kalau sekadar mengharap rupa saja, tanpa ada usaha untuk memperbaiki persembahan lakonan, kita tidak berasa hairan ‘jangka hayat’ mereka ini dalam dunia hiburan tidak kekal lama. Malahan lakonan mereka juga tidak akan menjadi sebutan dan ingatan dalam jangka panjang kepada penonton dan peminat. \rOleh itu, rakan saya ini juga mengatakan apabila mengamati tingkah laku atau gelagat artis dan personaliti hari ini, kita sebenarnya ada ramai Paris Hilton versi Malaysia. \rErtinya, segelintir bintang muda kita yang cantik ini, tidak kiralah pelakon atau penyanyi, mereka sebenarnya tidak ada apa-apa pun, tapi cerita pasal peribadinya saja yang lebih hangat diperkatakan. Sesetengahnya ini pula seolah-olah tidak ada atau mungkin tidak tahu apa matlamat mereka menceburi bidang hiburan, kecuali untuk menjadi glamor. \rMemang glamor juga penting, tetapi seharusnya ada batasan. Kita tidak nafikan ada artis muda yang sangat komited atau bersungguh-sungguh dengan kerjaya yang diceburinya. Mereka mempunyai minat yang sungguh mendalam. Apabila diberikan sesuatu watak, baik untuk filem atau drama, segelintir pelakon yang komited akan melakukannya dengan sepenuh hati. \rMereka sangat berdisiplin dengan dengan masa, ada persiapan dan persediaan sebelum melangkah masuk ke set penggambaran. Hari ini, kita masih dengar rungutan kru produksi atau pengarah mengenai sikap segelintir pelakon yang tidak menghormati masa dengan memberikan alasan remeh. \rCerita seperti ini bukanlah gosip tetap fakta, iaitu hakikat yang memang wujud dikalangan artis kita. Sebab itulah, kita tidak ada pelakon yang baik kerana disiplin paling asas sekalipun susah untuk dipatuhi. \rUntuk menjadi pelakon yang baik, bukanlah semestinya kena mengikuti kursus asas lakonan. Kalau ada memang bagus sebab ia boleh memantapkan lakonan dan untuk kebaikan diri. Malahan sekiranya kalau ada peluang, sewajarnya pelakon cuba luangkan masa untuk mengikuti kursus dan latihan lakonan itu supaya kerjaya mereka menjadi lebih mantap. \rKemunculan ramai pelakon baru juga satu perkembangan yang baik. Ia memberikan persaingan sihat. Produser dan pengarah juga mempunyai banyak pilihan. Apabila pilihan sudah banyak, syarikat produksi bolehlah memilih siapa yang terbaik. Bukan sahaja baik daripada segi lakonan, tetapi juga pada sikap dan disiplin. \rTeknologi perfileman sekarang semakin canggih. Mungkin lima tahun, 10 atau 15 tahun daripada sekarang, produser dan pengarah tidak perlu lagi menggunakan ramai pelakon. Kemungkinan tidak perlukan lagi pelakon muda, cantik, tampan untuk memancing penonton. Ini kerana pada waktu itu, produser kita menggunakan robot sebagai pelakon dan cerita utamanya seperti dalam filem Transformers. - [email protected]
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|