CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Jangan nak menunjuk

[Copy link]
Post time 4-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penghijrahan di kalangan artis wajar dilihat positif bukan menganggap mereka sudah tidak laku\rMENGIMBAU kembali zaman kegemilangannya ketika bergelar artis, Azmil Mustafa mengakui banyak kesilapan dilakukan ketika terbabit dalam dunia glamour itu namun tidak terdetik di benak hatinya untuk menyalahkan bidang yang pernah menjadi lubuk rezekinya.\r\n\n\n\n\r Apapun yang berlaku dulu adalah atas kesilapan diri sendiri yang alpa dan lalai sehingga gagal menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya tetapi kehidupannya kini jauh berubah setelah memilih jalan untuk berhijrah mencari kedamaian dan keinsafan diri.\r\r\n\n\n\n\nMeskipun telah berubah, pelakon filem Ali Setan dan Mekanik ini mengakui sukar untuk mendekatkan diri dengan golongan artis bagi berkongsi pengalaman dan pendedahan tentang tanggungjawab sebagai insan-Nya.\rSetiap kali ditanya tentang tanggungjawabnya untuk berdakwah kepada golongan artis, Azmil hanya mampu tersenyum dan sukar untuk memberikan pandangan.\r“Saya rasa takut untuk mendekatkan diri dengan artis sebab saya faham senario golongan ini kerana saya pernah lalui. Memang payah untuk menjadi mukmin sebagai artis kerana banyak imbuhan dan kelebihan serta keseronokan dalam dunia seni.\r“Saya takut gagal atau kalah kerana golongan artis mudah terdedah dengan pelbagai dugaan seperti dadah, arak, zina dan sosial. Saya lebih gemar bergaul dengan orang-orang yang ada ilmu agama atau orang biasa,” katanya.\r\n\n\n\n\rTidak bermaksud untuk menuding jari kepada golongan bergelar anak seni, Azmil akui ada di antara artis yang mahu mendekatkan diri dengan agama, malah kini sudah ramai golongan artis yang mula berhijrah kembali ke pangkal jalan.\rDisebabkan setiap gerak geri yang dilakukan golongan artis menjadi perhatian masyarakat, perubahan yang dibuat turut memberi impak kepada masyarakat dan tidak hanya dipandang dari sudut negatif saja.\r“Alhamdulilah kita tengok kini sudah banyak golongan artis berhijrah daripada kehidupan glamour kepada kehidupan lebih baik dan dekat dengan Allah.\r“Ini bukan trend, tetapi inilah yang dikatakan penghijrahan dalam mencari keredaan-Nya dan bukan nak menunjuk-nunjuk atau mencari publisiti tetapi berhijrah kerana sudah sampai masanya untuk berubah.\r“Jangan ingat golongan artis yang berhijrah ini kerana tidak lagi menjadi perhatian media atau masyarakat mahupun kekurangan tawaran, kita kena pandang dari sudut positif dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri,” jelasnya.\rWalaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap, Azmil tidak menyalahkan jalan yang dipilihnya malah mengakui dunia artis jauh lebih susah berbanding kehidupannya kini yang tenang dan damai.\rBerkongsi ilmu kefahaman Islam \rSetelah lima tahun menetap di Syria bersama keluarganya bagi mendalami ilmu agama, kepulangannya ke tanah air kini lebih kuat dan utuh untuk berdakwah disamping berkongsi pengalamannya selama menetap di negara itu.\r“Perancangan saya balik sini untuk menyebarkan ilmu agama dan tidak akan ke sana lagi kerana saya merasakan sudah sampai masanya untuk saya menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah.\r“Saya nak lakukan kegiatan membantu umat manusia terhadap kefahaman Islam dari pelbagai sudut untuk diterapkan dalam kehidupan sekarang,” katanya.\rMeskipun kini sudah mempunyai sebuah badan khas dalam memberi kefahaman tentang agama Islam, Azmil, 58, ingin mewujudkan sebuah badannya sendiri untuk menyebarkan kefahaman Islam yang tiada kaitan dengan mana-mana pihak kerajaan mahupun swasta.\r“Saya ingin mewujudkan badan yang bebas bagi membantu orang ramai memahami agama Islam agar tidak disalah anggap atau dipandang serong oleh orang bukan Islam.\r“Niat saya ikhlas dan tahu walaupun tidak mempunyai sumber kewangan tetap, tidak menghalang saya untuk berdakwah, malah kehidupan saya sebagai artis dulu lagi susah,” katanya.\rWalaupun kesihatannya terbatas akibat masalah jantung, namun kekuatan dalaman dirinya mendorong Azmil untuk terus berbakti dalam berdakwah kepada masyarakat.\rSetelah 13 tahun meninggalkan bidang seni, Azmil mengharapkan ada sinar baru dalam kehidupannya dan rakan-rakan artis yang seangkatan dengannya mahupun golongan artis kini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.528548 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list