CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Arsenal rampas Gervinho

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perpindahan RM53j  ke Spurs   tidak jadi kenyataan\rLONDON: Arsene Wenger memulakan tugasannya ‘membina semula Arsenal’ dengan merampas Gervinho daripada pencabar mereka, Tottenham Hotspur yang turut memasang impian sama.\r\n\n\n\n\r  Penyerang Ivory Coast berusia 24 tahun itu melaungkan hasrat untuk membantu Gunners menamatkan tempoh enam tahun tanpa sebarang trofi.\r\r\n\n\n\n\n Gervinho sudah di ambang melengkapkan perpindahan bernilai 11 juta pound (RM53 juta) ke Spurs dari Lille - seperti didedahkan oleh SunSport pada 15 Jun lalu.\rDia berkata: “Saya memilih Arsenal kerana ia satu kumpulan pemain muda yang mana mudah untuk saya menyesuaikan diri. Saya boleh membangun dengan lebih baik di sini. Hanya tinggal sedikit saja lagi butiran untuk diselesaikan.\r“Satu risiko? Tidak sama sekali. Saya ke Arsenal untuk bermain bola sepak. Risiko terbaik untuk diambil ialah  cuba menjaringkan gol dan banyak bermain.\r“Dalam bola sepak, anda perlu ambil risiko jika anda mahu menang. Saya ke Arsenal untuk menang.”\r\n\n\n\n\rPengurus, Wenger dan tawaran beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah memberi kelebihan kepada Arsenal berbanding Spurs  mendapatkan Gervinho.\rIa adalah satu perpindahan yang mengambil masa lama kerana Lille cuba membuat Arsenal memenuhi harga permintaannya. Wenger pada awalnya mengemukakan tawaran 7.2 juta (RM34.75 juta), tetapi tampak bakal memuktamadkan urus niaga mendapatkan pemain Perancis itu. - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.084491 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list