CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Reza buat kejutan

[Copy link]
Post time 1-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Persembahan bertenaga buktikan dia bukan penyanyi sembaranganBERSUARA segar sambil memetik gitar, dilengkapi dengan vokal baritone dan disulami irama mendayu ketika menyanyikan lagu koleksi ciptaannya, menjadikan Reza Salleh punyai keunikan tersendiri. \n\n\n\nTernyata, persembahan yang menimbulkan keraguan ramai peminat muzik, bagaimana jejaka berusia 29 tahun ini terpilih untuk mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), baru-baru ini akhirnya terjawab.Tidak keterlaluan jika dikatakan, persembahannya pada Isnin lalu, cukup menghiburkan penonton yang memenuhi setiap inci ruang tempat duduk dewan. Dari awal hingga ke akhir persembahan, garapan indah kesemua 15 lagu yang dipersembahkan daripada album sulungnya, Realize, ternyata berjaya membuatkan penonton ‘jatuh cinta’ terhadap suara gemersik penyanyi yang pernah melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia itu.\n\n\n\n\nLagu yang dipersembahkan pada malam yang mengasyikkan itu adalah What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure, Kasih, Stracciatella, For Her, Something Tells Me, Angan-Angan Permata,  Soultune, The Night You Know, The Night You Know, Sunsets With You, A Relic Is What I Live In dan Battery. Permulaan persembahan penonton diserikan dengan lagu 50 Down The Way diiringi petikan gitar oleh Reza yang mana kehebatannya bersama buah hati ketika di atas pentas itu memang tidak dapat disangkal lagi. Petikan gitar pertama disulami dengan lirik-lirik indah memanaskan bangku penonton yang baru saja masuk ke ruang dewan. Ditambah sorakan dan tepukan gemuruh yang berjaya memecah kesunyian ketika di awal kemasukan Reza ke dewan, dia semakin bersemangat melontarkan vokal lunaknya.Gemersik muzik daripada alunan instrumen gitar, biola, violin, drum dan bass seakan cukup rasa dan sifatnya membuatkan penonton terus asyik dibuai bunyi-bunyian yang indah. Pencahayaan yang seimbang dan rentak akustik yang dibawakan juga cukup santai dan bersahaja sehingga membuatkan penonton berasa dekat dengan penyanyi berkulit hitam manis itu.Istimewanya, Reza bijak memilih artis undangan untuk berganding menyumbangkan vokal dan skil masing-masing dalam lagu tertentu. Kemunculan istimewa pemain gitar Ad Samad ketika lagu For Her terus menghangatkan dewan gah itu. Gandingan petikan gitar yang bersahaja dan unik berjaya membuatkan penonton tergamam seketika dek alunan petikan gitar yang mengasyikkan.Penonton terus dihujani pelbagai kejutan apabila Reza membawa Liyana Fizi, penyanyi indie yang semakin meniti di bibir peminat muzik tanah air untuk sama-sama menyanyikan lagu Something Tells Me. Penampilan memukau Liyana melengkapkan gandingan mereka dan kelihatan secocok apabila digandingkan. Tambahan, lagu yang dimainkan juga agak \'catchy\' dan terdengar usik-mengusik penonton melihat aksi romantis pasangan itu.Turut diundang bersama adalah pemain saksofon, Bonnie Raitt yang bersemangat berpadu tenaga meniup alat muzik itu untuk mengiringi lagu I Can’t Make You Love Me di hujung nyanyian Reza Salleh. Zalila Lee meneruskan kehangatan malam itu dengan petikan gitarnya yang rancak diselang selikan dengan alunan suara Reza dalam lagu Putera Jaya hingga semua penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh menambahkan lagi kehangatan dewan yang agak sesak itu.Garapan muzik pada malam itu sememangnya cukup indah. Ditambah dengan barisan pemuzik yang berbakat besar, menjadi pilihan Reza untuk sama-sama berganding menjayakan konsert akustikanya yang dianggap satu penghormatan besar oleh DFP kepadanya sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air. Antara barisan pemuzik adalah Melina William (bass), Nor Hanafi Nor Hadi (gitar), Stephanie Chan (drum), Sharon Chong (keyboard), Savy Ho (violin), Lim Jae Sern (violin), Lau Yew Hann (biola dan Florian Antier (cello).Keceriaan penonton seakan terhenti seketika apabila Reza bersama band dan koir daripada Filharmonik Selangor itu terus berlalu ke belakang pentas tanpa meluahkan sebarang kata-kata sebagai penutup tirai. Masih tidak mengenal erti puas, penonton kembali menyorak nama penyanyi yang pernah menghasilkan lagu untuk Yuna dan Najwa itu untuk kembali beraksi di atas pentas.  Namun anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini bijak mengawal keadaan dan masuk ke panggung dengan bersahaja sekali gus menunjukkan sifatnya yang matang. Bagi menghargai sokongan dan kehadiran peminat yang tidak putus-putus memberikan sorakan dan tepukan pada malam itu, Reza merakamkan detik-detik manis penonton yang berada di dewan itu dan pantas muat naik gambar yang diambil ke laman sosial facebooknya.Mempersembahkan lagu terakhir pada malam itu, Encore: Smoke City, Reza kelihatan tidak puas untuk beraksi lagi di pentas yang pernah menampilkan Mia Palencia, Rachel Guerzo, Noryn Aziz dan kumpulan Akasha. Rata-rata pengunjung yang keluar dari dewan berprestij itu tersenyum puas terhadap persembahan yang disifatkan sebagai satu persembahan yang cukup memuaskan hati semua mata yang menonton. Reza Salleh yang cukup segak mengenakan suit berona hitam pada malam itu dilihat seolah-olah berpengalaman luas dalam persembahan pentas.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list