|
Berentap di final Wimbledon esok\rLONDON: Pemain Republik Czech, Petra Kvitova akan bertemu juara 2004, Maria Sharapova pada final Wimbledon esok.\r\n\n\n\n\r Kvitova, 21, menewaskan pilihan keempat dari Belarus, Victoria Azarenka 6-1, 3-6, 6-2 dalam aksi separuh akhir mendebarkan semalam, manakala Sharapova, pilihan kelima dari Russia menewaskan Sabine Lisicki dari Jerman 6-4, 6-3 pada satu lagi separuh akhir.\r\r\n\n\n\n\n Kvitova, menjadi pemain Czech pertama selepas Jana Novotna pada 1998 berpeluang meraih gelaran.\rDia juga adalah pemain kidal pertama melangkah ke final di Kelab All England selepas pemain pujaannya Martina Navratilova, yang hadir menyaksikan perlawanan itu di Tempat Duduk Diraja di gelanggang tengah, melakukannya pada 1990.\r“Saya terlihat Martina di bilik persalinan dan dia memberi ucapan selamat maju jaya. Saya cukup gembira tetapi tidak percaya mara ke final,” kata Kvitova, yang mengumpul 40 pukulan yang memberikan mata berbanding hanya sembilan yang mampu dilakukan Azarenka dalam perlawanan separuh akhir itu.\rDengan paha kanan berbalut, Kvitova memenangi set pertama dalam tempoh hanya 27 minit, mematahkan servis lawannya pada permainan keempat dan keenam tetapi Azarenka yang beraksi di pentas separuh akhir pertama Grand Slam, menamatkan rentetan pungutan mata lawannya pada set kedua dan mendahului 3-0.\r\n\n\n\n\rKvitova yang tidak pernah menjuarai kejohanan di gelanggang rumput sebelum kejayaan ke separuh akhir tahun lalu, menyelamatkan dua mata akhir pada kedudukan 1-4 di set kedua tetapi Azarenka terlalu ampuh untuk menang selepas merampas mata pada permainan kesembilan.\rNamun Kvitova yang menyingkirkan Azarenka di pusingan ketiga tahun lalu, memperkemaskan permainan sejak awal set ketiga dan mendahului 3-1 sebelum menamatkan aksi apabila Azarenka melakukan double fault pada permainan kelapan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|