View: 148|Reply: 0
|
Elak jadi anugerah kartun
[Copy link]
|
|
Permulaan positif, tetapi format penganjuran perlu jelas dan teratur\rBERMATLAMAT mengiktiraf sumbangan penggiat seni animasi tempatan sekali gus menyemarakkan semangat penggiat supaya menghasilkan lebih banyak karya bermutu, Anugerah Animasi yang berlangsung Isnin lalu, dilihat sebagai anjakan kepada industri animasi sendiri.\r\n\n\n\n\rDi adakan di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Klang, acara yang julung kali direalisasikan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) ini mendapat sambutan hangat apabila pada peringkat awal apabila menerima 90 penyertaan untuk merebut pengiktirafan dalam 12 kategori yang dipertandingkan.\r\r\n\n\n\n\nPada malam itu, anugerah Animasi Terbaik diraih Seefood yang dihasilkan Silver Ant, manakala Pengarah Animasi Terbaik digondol Ayie Ibrahim menerusi produk sulung Tapir Reka Sdn Bhd, Zero Hero.\rSeefood yang mengambil masa lebih dua tahun untuk disempurnakan turut meraih tiga trofi lain iaitu Animator 3D Terbaik, Kompositpr/VFX Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik.\rKisah berkaitan semangat tapir, Zero Hero yang pada pencalonan awal lalu mengetengahkan episod projek pilot mereka pula turut membawa pulang satu lagi pengiktirafan, Animator 2D Terbaik.\rFinalis lain yang menyerlah adalah daripada syarikat Animonsta bersama produk yang mendapat pujian khalayak sebaik saja menemui penonton di kaca televisyen, Boboiboy. Animasi berepisod ini turut menerima trofi Skrip Animasi, Muzik Tema serta Suara Latar Terbaik.\r\n\n\n\n\rMelihat senarai lima calon akhir dalam setiap kategori, ada sesuatu yang pelik apabila produk yang sudah lama siap dan disiarkan terpaksa bersaing dengan penerbitan yang masih di peringkat penonjolan episod pengenalan atau sekadar pra produksi.\rBukan menidakkan ketelusan barisan juri yang difahamkan bukan calang-calang individu, cuma agak tertanya-tanya Saladin yang pernah meraih pengiktirafan dalam Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul, Korea Selatan beberapa tahun lalu hanya layak mengungguli kategori Rekaan Latar Belakang Terbaik.\rMemang dalam penganjuran luar, terdapat pihak yang menganjurkan anugerah khusus untuk mempertandingkan animasi separa siap berpotensi tinggi, namun apabila ANIMAS mencantumkan produk separa siap dan yang sudah sempurna untuk melalui penilaian sama, ia terlihat sebagai sesuatu yang bias.\rBegitu juga dengan ketiadaan animasi Upin & Ipin yang cukup popular hingga ke luar negara sedangkan bersandarkan kenyataan orang kuat ANIMAS, tiada syarat tempoh masa tertentu untuk sesuatu produk bermakna yang sudah disiarkan bertahun-tahun dulu juga layak bertanding.\rApakah Les Coupaque sengaja ‘menyimpan’ Upin & Ipin untuk memberi peluang produksi lain atau sememangnya mereka sudah mara, cuma nasib tidak menyebelahi animasi berasaskan kisah adik beradik kembar ini?\rApa pun, bagi menghargai dan mengiktiraf keunggulan Upin & Ipin yang turut menaikkan nama negara di mata luar, Les Copaque Production menerima Anugerah Khas Pencapaian Animasi.\rTiga trofi khas lain untuk penggiat yang memberi sumbangan kepada industri diberikan kepada kartunis Ujang atau Ibrahim Mohd Nor bagi Pereka Watak Animasi Fenomena; penyumbang suara latar kartun, Zainab Wahab (Suara Emas) dan Hassan Abdul Mutalib (Tokoh Animasi).\rHarap jadi acara tahunan\rBIAR apa pun, majlis pengiktirafan seumpama ini mempunyai signifikasi tersendiri terhadap penggiatnya malah seperti diucapkan Presidennya, Kamaruddin Ismail, sokongan kerajaan dan korporat turut diharapkan bagi memastikan majlis ini dapat diadakan secara tahunan.\r“Kita nampak industri animasi tempatan punya kepakaran serta mutu produk yang setanding luar malah menerusi pengiktirafan seumpama ini, kerja penggiat diperakui seterusnya menonjolkan keupayaan pakar animas tempatan.\r“Hasrat merealisasikan majlis pengiktirafan ini sudah dirancang lama. Kami berbesar hati apabila mendapat kerjasama Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.\rSelain majlis anugerah, terdahulu ANIMAS menganjurkan pameran Animasi Menjana Kreativiti bersama pengisian seperti ceramah bengkel asas melukis, Forum, Klinik dan aneka program sepanjang sebulan.\rSementara itu, Ayie Ibrahim atau nama sebenar, Mohd Khairul Ibrahim, 35, mengakui kemenangannya adalah di atas hasil usaha keras lima pelukis animasi 2D syarikatnya yang begitu kreatif hingga mampu menghasilkan sebuah produk bermutu.\r“Ikut perancangan animasi berepisod ini akan diedarkan serentak ke beberapa negara luar pada akhir 2012. Ia mengisahkan perjalanan seekor tapir dan seorang lelaki tua. Ia akan dihasilkan dalam 52 episod dan dijangka diedarkan di 11 negara,” kata pengarah animasi yang berpengalaman dalam produksi Usop Sontorian dan Silat Lagenda.\rBagi Pengarah Animasi Silver Ant, Goh Aun Hoe, pihaknya menggunakan khidmat 35 pelukis animasi untuk merealisasikan produk layar perak, Seefood dengan durasi 90 minit tayangan.\rBagaimanapun, hingga kini pihaknya belum menetapkan suara latar bagi filem yang akan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris itu yang dijangka dapat ditayangkan kepada umum Mac tahun depan.\r“Dua tahun empat bulan bukan tempoh singkat kerana usaha gigih diperlukan demi memastikan kisah ini ‘menjadi’. Kami berpuashati dengan hasilnya dan apabila dipilih sebagai Animasi Terbaik, ia juga penghormatan kepada seluruh penggiat animasi tempatan,” katanya.\rINFO\rSenarai Pemenang Anugerah Animasi\rSkrip Animasi Terbaik – Boboiboy\rRekaan Watak Terbaik – Tales of the Ages: Timun Mas \rRekaan Latar Belakang Terbaik – Saladin\rMuzik Tema Terbaik – Boboiboy\rArtis Storyboard Terbaik – Planet of the Reban\rSuara Latar – Boboiboy\rAnimator 2D Terbaik – Seefood (Silver Ant)\rAnimator 3D Terbaik – Zero Hero (Tapir Reka Sdn Bhd)\rKompositor/VFX Terbaik – Seefood (Silver Ant)\rMontaj Animasi Terbaik – Seefood (Silver Ant)\rPengarah Animasi Terbaik – Zero Hero (Ayie Ibrahim)\rAnimasi Terbaik – Seefood (Silver Ant)\rArtis Storyboard Terbaik – Planet of the Reban
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|