|
Ketepikan calon pilihan, Jozan dan Nabil untuk diangkat juara Maharaja LawakBAGAIKAN cencaru makan petang kerana seperti yang dijangka Sepah memberi sengatan \'cukup\' berbisa sekali apabila mengetepikan dua calon pilihan Jozan dan Nabil untuk mengungguli Maharaja Lawak yang kemuncaknya berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu. \n\n\n\nPersembahan kumpulan ini yang pernah menjadi juara program Raja Lawak musim keempat memang secara keseluruhannya konsisten apabila sentiasa berada pada kedudukan pertengahan carta mingguan Maharaja Lawak. \n\n\n\n\nJozan yang menggabungkan Johan dan Zizan, kedua-duanya menjadi calon pilihan berdasarkan populariti masing-masing ketika ini. Begitu juga dengan Nabil.Zizan pada April lalu dipilih sebagai Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010). Nabil pula bukan saja pernah menjadi Artis Komedi Lelaki Popular, malahan turut diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2008.Namun, populariti mereka seakan-akan tidak menggentarkan Sepah yang menggabungkan Jep, Shuib dan Mamat. Persembahan mereka yang bersahaja secara perlahan-lahan mula mencuri hati peminat. Jelas sekali populariti juga bukanlah tiket untuk menjulang sesuatu kejuaraan, biarpun dasarnya Jozan yang memang jelas disenangi seluruh masyarakat dan dikhabarkan bakal menjuarai Maharaja Lawak, namun kebijaksanaan pengundi berjaya mengatasi keegoan juri.\n\n\n\nTernyata pengundi kini semakin menyedari kepuasan yang diinginkan sebagai hiburan bukan bergantung kepada peserta yang disukai, tetapi kualiti.Sepah yang dinobatkan sebagai juara program itu bukanlah sesuatu keputusan mengejutkan. Mereka berhak menerima gelaran juara selepas menunjukkan persembahan yang konsisten selama 13 minggu. Malah tidak sesekali pernah mengecewakan juri mahupun pengundi pada persembahan mereka.Ia diakui sendiri juri, Mamat Khalid yang pada awalnya memilih Jozan dek kerana populariti mereka di dalam industri. Namun pengarah ini tidak menolakkan lumrah dunia yang sudah ditentukan dengan sedikit kesilapan pasti membunuh kepercayaan itu.\"Memang pada awalnya sebelum program ini bermula kami juri sudah berbincang di luar bahawa Jozan bakal juara, namun selepas menyaksikan persembahan pertama mereka, kami tidak mampu untuk menipu diri sendiri untuk memberi markah lebih kepada Sepah,\" katanya yang ditemui Hip bagi mengulas keseluruhan program akhir Maharaja Lawak Jumaat lalu.Mewakili Sepah, Jep mengakui dia dan rakan-rakannya memang akur dengan kehebatan dan populariti Jozan kerana mereka cukup dikenali selepas terbabit dalam banyak program TV.Bagaimanapun, katanya, itu semua membakar semangat kepada mereka yang menghasilkan persembahan terbaik dan masing-masing meletakkan matlamat menghiburkan penonton sebagai keutamaan terlebih dahulu berbanding memikirkan kemenangan.Menurut Jep, populariti bukan tiket menentukan kemenangan dan mereka tahu penonton serta pengundi kini sudah cerdik menilai setiap persembahan peserta.“Namun saya tidak membanggakan diri menyatakan persembahan kami baik, mungkin apa yang kami buat itu dekat dengan hati mereka. Tiap-tiap minggu kami membawa lawak kampung yang ada kalanya orang malu untuk bercakap kampung. Saya cuba meletakkan kembali adat budaya tradisi yang dibimbangi generasi baru tidak tahu seperti rewang, merisik dan sebagainya di dalam lawak kami,” katanya mengakui kelebihan mereka dengan lawak kampung.Berbekalkan komedi yang dipersembahkan Sepah, ada suara-suara yang tidak berpuas hati apabila mendakwa mereka sengaja mempersenda seorang tokoh di dalam lawak mereka.“Sebenarnya apa yang kami buat selama itu bukan untuk mengajuk sesiapa pun, tetapi secara peribadi kita tidak ada menyebut nama sesiapa, saya juga tidak menyebut diri saya sebagai ustazah. Saya hanya melakonkan karektor dan sekiranya apa yang saya buat mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf.“Niat saya untuk menghiburkan penonton dan tidak memperlekehkan program sesiapa,\" katanya yang mengakui secara tidak langsung orang mengetahui yang mereka mengikuti program Semanis Kurma.Sementara itu, Zizan memperakui populariti bukan penyelamat daripada kesilapan yang mereka lakukan pada persembahan pertama di peringkat akhir Maharaja Lawak.\"Populariti kami tidak akan membantu sekiranya persembahan kami teruk. Memang kami mengaku itu adalah kesilapan kami apabila gagal memuaskan hati penonton dengan persembahan pertama,” katanya.Nabil hambar, Jambu kering ideaMaharaja Lawak Akhir menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada kesemua penyokong yang hadir membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.Dimulai dengan gimik memperkenalkan empat peserta akhir seperti Nabil, Jambu, Sepah dan Jozan melalui pintu masuk ala program terkenal di negara barat, WWE wrestling cukup menggamatkan suasana. Setiap peserta harus membuat dua persembahan yang dibahagikan kepada dua segmen bertema iaitu bebas dan muzikal.Ternyata setiap peserta sudah memasang strategi untuk meletakkan tema muzikal pada segmen akhir, ini kerana muzikal adalah tema yang cukup diminati penonton. Peserta juga tidak terlalu sukar untuk membawakan tema ini yang dibebaskan untuk menyanyi walaupun tidak sempurna, menari, berlakon dan segalanya, namun beratnya bagi mereka adalah untuk menghafal.Persembahan yang dimulai dengan Nabil agak hambar, begitu juga selepas mengharapkan Jambu agar dapat menaikkan mood penonton pada persembahan pertama mereka, namun stadium semakin hambar. Ramai yang menyatakan kekecewaan pada persembahan Jambu yang terdiri daripada Yus dan Taukey seakan sudah kering idea, tidak salah malah ramai yang mempersetujui lawak mereka di tahap budak sekolah.Trio dari Johor yang memperkenalkan diri mereka Sepah kembali menghangatkan suasana apabila memilih tema muzikal pada persembahan pertama mereka. Antara peserta paling konsisten sejak 13 minggu lalu, Sepah berjaya memberikan penonton bergelak sakan sehingga berair mata apabila mengambil topik dan karektor di salah satu program televisyen berunsur kerohanian.Persembahan ala filem Night At The Museum daripada Jozan yang mengambil karektor Hang Tuah tidak begitu kuat. Mereka tersalah pengiraan dengan memperbanyakkan drama daripada komedi yang sepatutnya mereka berikan pada program ini.Namun, segmen kedua ternyata lebih menggamatkan stadium dengan kira-kira 6,000 penonton menyaksikan peringkat akhir program itu. Tema muzikal cukup dinanti-nantikan penonton yang kesemua peserta berjaya mendapat pujian melambung daripada juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek.INFOJuara: Sepah menerima wang tunai RM350,00 (Jumlah undian: 64 peratus) Naib Juara: Jozan menerima RM250,000 (Jumlah Undian: 60 peratus)Ketiga: Nabil menerima RM150,000 (Jumlah Undian: 52 peratus)Keempat: Jambu menerima RM50,000 (Jumlah undian: 46 peratus)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|