CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Sharapova nyala impian

[Copy link]
Post time 26-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Nadal mara ke kelompok 16 terakhir bertemu del Potro\rLONDON: Bekas juara, Maria Sharapova akur dia terpaksa meningkatkan lagi tahap permainan selepas berjaya mara ke pusingan keempat kejuaraan tenis Wimbledon  menewaskan pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Klara  Zakopalova 6-2, 6-3, malam tadi.\r\n\n\n\n\r   Juara b rtahan lelaki, Rafael Nadal juga ceria selepas mara ke kelompok 16 terakhir dengan kemenangan 7-6 (8/6), 7-6 (7/5), 6-0 ke atas  Gilles Muller dari Luxembourg dan kini akan menentang Juan Martin del Potro dari Argentina untuk mengintai peluang ke suku akhir.\r\r\n\n\n\n\n   Sharapova yang merangkul kejuaraan pada 2004, bermula baik dalam kempen memburu kejuaraan Wimbledon kedua dirinya, dan dia melepasi saingan minggu pertama tanpa tercicir satu set dalam tiga perlawanan awalnya.\rPemain popular Russia itu yang turun sebagai pilihan kelima, bakal menentang Peng Shuai dari China yang menewaskan pemain Hungary, Melinda Czink 6-2 7-6(5), dalam kelompok 16 terakhir nanti.\r“Tidak diragui anda harus meningkatkan persembahan pada minggu kedua. Ini satu babak yang sukar kerana akan berdepan pencabar lebih liat selepas ini, khasnya dalam Grand Slam,” kata Sharapova.\rSharapova, 24, menjadi pemain kegemaran peminat di sini sejak berusia 17 tahun lagi, di mana dia mengejutkan juara bertahan Serena Williams sebelum muncul juara wanita ketiga termuda di Wimbledon.- AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045011 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list