CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4318|Reply: 8

Takashiyama: Titan Immobilizer System

[Copy link]
Post time 24-6-2011 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Sape penah guna system keselamatan kereta ni?





Masalah yang aku hadapi:

Menda ni adalah security system untuk kereta. Caranya adalah memastikan enjin tak hidup kalo tak swipe kad security tu kat atas dashbooard. So pencuri kalo dapat masuk keta pun tak guna sebab enjin takleh hidup tanpa kad tu.

So cerita aku macam ini...


Kereta Myvi aku baru setahun beli. Lpas sebulan pasang menda ni (kat kuantan), kereta aku takleh stat. Bile aku call service centre dia yang kat Bandar Tasik Selatan tu, dia kate keta aku ada masalah bateri and bukan masalah alatan security tu. Dia kate bleh hantar techinician dtg untuk check tapi kena bayar servis charge RM180 (mase tu aku kat umah mak aku kat rawang). Tu untuk dtg check sahaja. Taknak aku.

LAst2 aku pegi panggil mekanik check and seperti yang dijangka bateri keta aku kong. Keta aku baru setahun umurnya dan bateri kong! Patutnya bleh tahan 3-4 tahun. And service center tu sendiri yang cakap, kebanyakkan keta yang pasang menda ni memang ada masalah bateri dan bukan salah alatan diorg. Memang semua keta kat malaysia ni ada masalah bateri!!!!!!

So, sebab aku dah terbeli dan bayar ansuran bulanan selama dua tahun tu, aku redhakan jek lah. Tapi tetiba aku teringat, mase agent tu pasang menda tu kat umah aku, dia kata ada tempoh cubaan selama sebulan (30 hari). kalo tak suke, bleh cabut and cancel buy. na dmase keta aku takleh idup tu, mase tu tak sampai sebulan tepat lagi, baru 25 hari. So aku ada baki 5 hari lagi and sempat lagi nak terminate menda tu.

So aku pun mention menda ni kat kerani service centre yang aku kol tu. Apa jawab dia?? "Encik, sebenarnye tempoh percubaan tu bukan 30 hari, tapi 25 hari jek."Maka tau lah aku yang aku kena tipu dengan agent yang pasang menda alah tu. Dan-dan jek kan kerani tu tukar tempoh 30 hari tu kpd 25 hari. So, tak dapat nak pulangkan balik, terpaksa la pakai (sebab aku tak reti nak cabut menatang tu) and bayar ansuran setiap bulan untuk dua tahun. (total Rm2k)

Kadang menda tu berfungsi, kadang tak. Sebelum stat enjin, kena swipe kad dulu, pastu baru enjin hidup. Kadang2 tak payah swipe pun enjin bleh hidup. hampeh. Menyesal aku pasang.

Kebetulan plak semalam aku g shah alam an aku g lepak jap kat tasik shah alam. tengah duk lepak sensorang kat situ, tetiba dtg la agent2 Takashimaya ni untuk promote security system tu. Aku pun layankan jek. Lpas sorang, dtg lagi sorang, pastu dtg lagi 2 org. Ramai gile bwk geng. last2 aku pun pecah lobang ckp kat diorg yang aku dah ada menda ni. And aku guna kesempatan tu untuk tanye masalah security system tu kat diorg.

Aku tanye betul ke tempoh cubaan tu 25 hari? Korang tau ape diorg jawab?? "Tempoh cubaan tu tipu jek bang. mana ada sebenarnye. Sekali dah pasang, memang takleh cabut dah menda tu." Aku punye la hangin dengar jawapan tu. Lpas tu aku tanye lagi, kenapa menda tu kadang berfungsi kadang tak? Soalan tu diorg takleh jawab. diorg kate kalo nak tau gak kena g service centre kat bandar tasik selatan tu. Hampeh.


begitu la cerita aku pasal menda ni. Kalo ada agent2 Melayu tu promote kat korang menda ni, tak payah ler. wat rosak keta jek. diorg ni tipu bangsa sendiri. kalo ada forumer lain yang ada experience, bleh la share2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 09:19 PM | Show all posts
Aku dulu pun di approach oleh mamat Takashimaya ni time aku nak keluar. Ada 2 org datang dan tanya pasal security keta.Aku cakap tak berminat pastu beria2 nak buat demo. Aku memang tak suka paksa2 ni tapi diorg still jugak promote gila2. Memang time tu aku hangin gila sebab aku dah la lambat pastu dengar ceramah yg aku tak minat. Bengang punya pasal terus aku tunjukkan diorg dua benda ni..





Direct je aku cakap "Benda2 elektronik yg bodoh lagi mengarut ni sori la..aku percayakan benda ni dari korang. Aku tak minat tolong blah aku dah lambat ni". Tak ckp banyak terus diorg berambus...

Buat TT, apa kata ko jenguk kat forum geng2 myvi. Tak silap aku ada org yang dah buang benda tu tanpa go thru Takasimaya. Kalau ikut aku la..dgn rege RM2000 tu baik aku tambah sikit pasang Viper/Cobra/Clifford system. Lagi gempak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:34 AM | Show all posts
den antara org yg tertipu pasg bondo alah ni..nsb takde problem smp skrg n dah abis bayo..tp jika dpt di ulang waktu maso tu mampuih den taknak pasg..apakan dayo den waktu tu inesen lagi naif psl security keto ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 02:25 PM | Show all posts
TQ sbb dedahkan perkara ni........panduan dan pengalaman berguna agar pengguna lain x tertipu......

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:06 AM | Show all posts
Aku rasa sistem Immobilizer terbaik ialah.....Mr Bean punya....tanggal stering takleh nak buat apa dah pencuri!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 11:27 AM | Show all posts
Aku rasa sistem Immobilizer terbaik ialah.....Mr Bean punya....tanggal stering takleh nak buat apa d ...
alphawolf Post at 26-6-2011 09:06 AM



    x dapek disangkal lagi..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 03:22 PM | Show all posts
Dulu adik ipar aku pernah jual mende ni...aku tak layan sangat,apa pun alat ni bukanlah mahal mana pun,cuma bila dipasarkan secara ala ala MLM begitu harganya jadi mahal.Para penjual yang direkrut cari pelanggan sampai ke malam hari..ketuk pintu rumah orang dll asalkan dapat promo dan jual..kesian tengok pun ada.sasaran utama diorang sapa yang beli kereta baru,yang mewah lagi diorang suka...
skang adik ipar aku tu dah berenti kerja tu...pencapaian dia bagusla.dari pakai Kancil hingga mampu pakai BMW.tapi tu la...mungkin tak berkat,tolak semula kete bm tu...

so beringat la,kalau didekati oleh penjual ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 03:06 PM | Show all posts
Reply 1# KarTell

ikang pun penah pkai bnda alah ni...geng2 dia promote mase ikang duk lepak kat esplanade kuantan...
ikang sempat pkai setahun je sbb mcm2 prob ade..kdg kad x detect la...enjin ssh hidop..
last kena tu bateri kong..terpaksa kna tukar bateri..(mmg benda ni mkn bateri la kot w/pon mase pasang budak dia kate lgsung x jejas bateri keta..)ikang kol opis dia caw kuantan kat air putih tu coz ikang dah fedup ngn menda tu... caj buang rm180..nnt kalau nk pasang balik free..tobat ikang xnk pasang semula dah.. last ikang suh mamat pomen yg tukar bateri keta ikang tu buang benda tu.. kena caj rm30 je.. ikang aritu amik pelan 3 tahun , skang duk bayar free2 je RM70 sebulan...tinggal 7 bulan lg.. mase buang aritu igt nk setel terus tp rege sama je, xde diskaun pun kalau setel awal...menipu betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 2# tungkai


    ikang buang mende tu kat w/shop bese kna caj rm30, kalau pggl budak dia buang kna caj rm180..giler kentang betol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.210382 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list