View: 164|Reply: 0
|
Fahrin pengacara Imam Muda
[Copy link]
|
|
Program realiti Astro Oasis dapat sambutan golongan profesionalFAHRIN Ahmad menggantikan Dzulkarnain Hamzah sebagai pengacara untuk program Imam Muda musim kedua pada peringkat separuh yang disiarkan malam ini.\rProgram yang disiarkan menerusi Astro Oasis saluran 106 mengambil Fahrin di saat akhir kerana Dzulkarnain atau Ustaz Dzul terbabit di dalam kemalangan. Bagaimanapun, keadaan Ustaz Dzul dilaporkan stabil.\r\n\n\n\n\rPada peringkat separuh akhir, lima Imam Muda bersaing sesama sendiri bagi melayakkan ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 1 Julai di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.\r\r\n\n\n\n\nMereka ialah Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), Nazarul Izwan Zolkiflee (Nazrul), Mohd Fakhrurrazi Hussin, Ammar Wan Harun dan Mohd Azlan Zulkarnain.\rBagi episod ke sembilan, lima Imam Muda ini diberi tugasan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bahru bertemakan Warga Emas.\rSebelum itu, mereka sudah diberikan teori untuk ujian bertulis yang memperuntukkan markah sebanyak 50 peratus dan selebihnya berdasarkan markah praktikal mereka di Rumah Ehsan.\rSepanjang program ini berlangsung bagi musim kedua, impaknya dapat dirasai masyarakat apabila semakin ramai remaja menerima keterbukaan untuk menyertai program itu.\rDitemui Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, program itu mendapat reaksi positif daripada golongan profesional yang tergerak hati untuk menyertainya.\r“Maklum balas yang cukup positif, ramai golongan profesional kini mula mendekati agama. Ia dibuktikan sejak sesi uji bakat lagi apabila ramai yang datang sudah mempunyai kerjaya yang sangat bagus, namun tetap ingin mencuba dan mengetahui apakah yang dimaksudkan pencarian Imam Muda itu.\r“Jika masyarakat pula, kita melihat mereka semakin bersikap positif terhadap peranan imam. Dulu mereka hanya mengetahui peranan imam dalam skop yang kecil saja, sebaliknya imam berperanan sebagai pemimpin dan lebih besar daripada apa yang kita sangkakan,” katanya.\rPerolehi ilmu berharga\rSEPERTI musim pertama, peringkat akhir Imam Muda kali ini tidak berubah iaitu menyaksikan kehandalan dua peserta terpilih. Sebelum itu mereka akan diberikan tugasan terakhir dan diberikan tempoh empat hari pulang ke kampung halaman masing-masing melakukan apa saja tugasan kemasyarakatan bersama penduduk setempat.\rMarkah diberikan berdasarkan pengurusan yang sempurna, kreativiti pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat dan kesannya kepada masyarakat serta penonton.\rPelbagai ilmu dan pengetahuan sudah diperoleh 10 Imam Muda sejak mengikut program itu, pastinya pengalaman itu tidak boleh didapati di mana-mana kecuali ilmu saja.\rIlmu dimiliki Imam Muda ini pasti akan dikongsi bersama seluruh umat Islam selepas mereka melangkah keluar daripada program itu.\rBagi Nazrul, antara peserta dalam program Imam Muda ini, berkata tidak dinafikan banyak ilmu dan pengetahuan baru diperolehi dan berharap semua itu boleh dikongsi kepada masyarakat selepas meninggalkan rancangan itu kelak.\r“Menang atau kalah ia ketentuan Ilahi, saya harus mempersiapkan diri dari sudut ilmu akhlak sahsiah untuk berhadapan dengan masyarakat selepas ini, sudah tentu masyarakat mengharapkan suatu yang tinggi daripada kita, jika kita tidak bersedia dari sekarang apa yang akan kita berikan kepada mereka,” katanya yang cukup bersyukur selepas terpilih ke peringkat akhir.\rBagi Hassan, pengalaman menyertai program tv sebelum ini cukup memberi pengajaran berguna untuk diguna pakai di dalam Imam Muda. Melayakkan diri ke peringkat akhir dianggap sebagai bonus untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.\rJusteru itu, siapakah dua antara lima Imam Muda yang akan melayakkan diri ke peringkat akhir akan ditentukan pada siaran malam ini jam 9 malam di saluran Astro Oasis 106.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|