CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Uji bakat Solehah menggalakkan

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Calon program realiti TV Alhijrah mahir pelbagai bidangMELIHAT langkah anggun dan penuh semangat sejumlah kira-kira 80 gadis muslimah yang hadir di dalam sesi uji bakat pencarian 10 peserta rancangan realiti Solehah terbitan TV AlHijrah pada 18 dan 19 Jun lalu.\rIni menunjukkan bahawa wanita kini mahu menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyumbang ke arah kesejagatan ummah. \r\n\n\n\n\rTatkala mendengar ketegasan serta kelantangan mereka memberikan tazkirah mengingatkan kita kepada pepatah lama tetapi tetap segar dalam ingatan, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. \r\r\n\n\n\n\nKesemua yang hadir mempunyai latar belakang yang pelbagai seperti graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Jambi, Indonesia dan dengan berbekalkan pengkhususan di dalam Sarjana Muda Bioteknologi, Sarjana Muda Syariah, Sarjana Muda Komunikasi, Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dan Syariah dan Kejuruteraan Elektronik. \rTidak kurang juga yang sudah bekerjaya seperti guru Bahasa Arab, namun kesemua mereka berkongsi azam dan matlamat yang sama.  Ilmu di dada harus dikongsi. Peranan kaum wanita di dalam menyampaikan kerja dakwah harus diiktiraf.\rTV AlHijrah tampil membawa fenomena baru dengan membuka ruang untuk mencari dan menggilap bakat wanita yang berilmu bagi membolehkan mereka untuk berdiri di barisan hadapan dan meniupkan zat kekuatan yang ada di dalam diri dan membawa perubahan serta pengakhiran yang baik kepada semua. \rSelain dilihat sebagai sebuah program pendidikan Islam tidak formal yang disampaikan secara telus, santai dan tidak berlebih-lebihan,  Program Solehah dijangka mampu menjadi bahan tontonan masyarakat dalam dan luar negara serta berupaya menjadi kaedah terbaik di dalam  menggerakkan potensi wanita di dalam melaksanakan obligasi dakwah yang mulia ini.\r\n\n\n\n\rWanita Islam dikurniakan pelbagai kekuatan seperti kecerdikan minda, keupayaan psikologi, kemahiran memujuk serta ketulenan jiwa sebagai ‘murabbiy’. Sekiranya keistimewaan ini digunakan di dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah, pasti ia akan meninggalkan impak yang positif.\rKetika ditanya mengenai tanggungjawab sebagai seorang pendakwah wanita, salah seorang pelajar di IPTA Malaysia yang hadir, Hanni Uzma Zehra Mohd Harris berkata, dia percaya, sebagai seorang yang dilahirkan Islam, memang sudah menjadi amanah yang harus digalas untuk menjadi pendakwah. \r“Kalau tidak secara formal, kita harus menjadi pendakwah kepada diri sendiri dan ahli keluarga,” katanya.\rSeorang lagi peserta yang menghadiri uji bakat ini, Malisa Malek berkata, program seumpama ini harus diberi peluang untuk diketengahkan berdasarkan kepada keupayaan wanita itu sendiri di dalam menjadi medium perubahan. \r“Program mengiktiraf bakat dan kebolehan wanita seperti Solehah ini tidak seharusnya dilihat sebagai rancangan yang mengeksploitasi kaum wanita bagi keuntungan sesetengah pihak. Ia berupaya mendidik ummah dah bangsa ke arah Islam yang syumul,” katanya yang hadir ditemani ibu dan bapanya.\rUji bakat program Solehah diteruskan pada setiap hujung minggu dan dijangka tamat pada hujung bulan Julai 2011.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.193133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list