View: 173|Reply: 1
|
Dengarnya: Bersedia tamatkan zaman bujang
[Copy link]
|
|
AMBOI! Amboi! Cik Normah mendengar perkhabaran gembira daripada anak teruna bekas produser Six Million Dollar Man, siapa lagi kalau bukan anak Datuk Yusof Haslam si Syamsul. \rBukan pasal filem terbarunya yang dikhabarkan sudah dapat kutipan kasar lebih RM10 juta. Tapi apa yang Cik Normah nak cerita pasal khabarnya si Syamsul akan naik ke takhta pelamin. Kalau betul cerita yang disampaikan oleh kawan Cik Normah tu, bermakna Cik Normah dan teman-teman tak lagi akan merasa nasi minyak daripada Syamsul pula.\r\n\n\n\n\rMenurut cerita yang disampaikan oleh kawan Cik Normah yang dipanggil Mat Blues itu, Syamsul sendiri khabarnya mengaku mahu berkahwin dalam masa tidak lama lagi. \r\r\n\n\n\n\nTeman wanitanya bukanlah artis seperti Liyana Jasmay seperti pernah heboh sebelum ini. Sebaliknya wanita bertuah yang berjaya menambat hati Syamsul adalah gadis biasa saja. Luah Syamsul lagi, dia serik hendak bercinta dengan artis. Hai, kenapa pula Syamsul? Tak baik tau cakap macam itu.\rYang paling kelakar, Datuk Yusof terkejut apabila teman Cik Normah bertanyakan mengenai kisah Syamsul ingin berkahwin sebab anak bujangnya itu jarang berkongsi hal peribadi kepada papanya. Biasalah, anak-anak selalunya lebih rapat dengan emak. Jadi emaklah menjadi tempat mereka meluahkan segala-galanya.\rBagaimanapun kata teman Cik Normah, Datuk Yusof tak kisah siapa pun pilihan anaknya itu. Datuk Yusof turut menyokong dan akan merestui siapa pun pilihan Syamsul. Maklumlah Syamsul bukannya muda lagi. Jejaka itu pun baru saja meraikan ulang tahun ke-27 kalau tak silap Cik Normah pada April lalu. \rNampaknya, Syamsul juga memandang jauh ke depan dalam soal peribadi. Walaupun masih dianggap muda dan kerjayanya sedang memuncak, dia tidak lupa membina hidup berkeluarga. Yerlah! mana tahu sekarang umur 27, bila kahwin awal dan kalau ada rezeki, 20 tahun dari sekarang, bakat Syamsul nanti boleh diwarisi oleh anaknya pula. \r\n\n\n\n\rDaripada cara Syamsul bercerita dengan teman Cik Normah itu, nampak dia memang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menyunting gadis berkenaan. Dengarnya, Syamsul sendiri pun pernah bertemu dengan keluarga kekasihnya. Baguslah Syamsul, itu sudah cukup menunjukkan dia ikhlas bukannya nak mainkan hati dan perasaan orang. \rCik Normah doakan yang terbaik buat Syamsul. Jangan pula lupa jemput Cik Normah ya? Bukan apa, Cik Normah nak tengok macam mana agaknya Datuk Yusof meraikan majlis menyambut menantunya. Mesti hebat dan meriah, maklumlah orang popular dan banyak duit. Silap-silap mahu dia berhabis demi anaknya itu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. sapelah yg bertuah tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|