View: 215|Reply: 0
|
Copa inspirasi skuad Brazil julang Piala Dunia 2014
[Copy link]
|
|
RIO DE JANEIRO: Juara bertahan, Brazil mahu melihat lebih jauh daripada aksi mereka di kejohanan Copa America, bulan depan - iaitu ke arah Piala Dunia 2014 yang bakal mereka anjurkan, menurut jurulatih, Mano Menezes, kelmarin.\rSkuad samba itu akan menggunakan Copa America sebagai batu loncatan mencapai harapan menjulang kejuaraan dunia buat kali keenam tetapi kejohanan kedua itu tetap menjadi keutamaan - walaupun mereka juga berharap menewaskan Argentina yang menjadi tuan rumah kejohanan benua bermula 1 Julai ini bagi menjulang trofi.\r\n\n\n\n\r “Kami akan gunakan segala peluang (menerusi jadual perlawanan Copa) untuk mempersiapkan diri kami menghadapi Piala Dunia,” Menezes memberitahu wartawan di Rio tatkala skuad itu bersiap sedia untuk berlepas ke Argentina, semalam menjelang pertemuan pertama peringkat kumpulan menentang Venezuela pada 3 Julai ini.\r\r\n\n\n\n\n Brazil tidak mempamerkan permainan yang menarik seperti yang diharapkan penyokong dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini apabila hanya menang 1-0 ke atas Romania yang juga perlawanan perpisahan buat Ronaldo untuk peminatnya dan keputusan itu dianggap kurang memberangsangkan selepas seri tanpa jaringan menentang finalis Piala Dunia, Belanda tahun lalu.\rNamun Menezes, yang menggantikan Dunga selepas Brazil tewas kepada Belanda di suku akhir Piala Dunia tahun lalu, menegaskan dia sedang membina sebuah pasukan yang kuat.\r“Kami mempunyai asas (sebuah pasukan) yang sudah berpengalaman semasa mengharungi perlawanan baru-baru ini dan itu akan membantu kami menghadapi Venezuela serta perlawanan peringkat kumpulan menentang Paraguay dan Ecuador,” katanya. - AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|