View: 170|Reply: 0
|
Realiti perancang perkahwinan di 8TV
[Copy link]
|
|
SEMUA orang mempunyai impian perkahwinan masing-masing. Ada yang mengimpikan perkahwinan besar dan mewah, tidak kurang yang mengimpikan perkahwinan secara kecil-kecilan dengan ditemani sahabat handai dan keluarga terdekat. Malah sebahagian daripada kita inginkan perkahwinan di tepi pantai.\rWalaupun setiap manusia mempunyai pelbagai versi mengenai majlis perkahwinan, namun persamaan yang nyata ialah masing-masing pastinya mengimpikan perkahwinan yang sempurna.\r\n\n\n\n\rUntuk merealisasikan perkahwinan sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan yang teliti sangat penting untuk menjadikan impian ini satu kenyataan. Maka perancang perkahwinan ialah individu penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. \r\r\n\n\n\n\nMerancang majlis perkahwinan yang sempurna pula bukanlah tugas yang senang. Dari kek perkahwinan, perhiasan, gaun pengantin, khidmat pengangkutan, kad jemputan, hidangan untuk tetamu, dewan dan muzik, semuanya perlu diuruskan perancang perkahwinan. \rAtas dasar itu, 8TV membawakan rancangan realiti untuk mencari perancang perkahwinan terbaik dalam The Ring Mission.\rBuat julung kalinya dalam sejarah penerbitan Malaysia, rancangan realiti mencari perancang perkahwinan terbaik diterbitkan bagi memberi pengiktirafan dan platform kepada mereka yang bekerja keras merealisasikan impian ramai pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masing-masing. \rSertai hos Gary Yap dan Belinda Chee, bersama-sama dua puluh perancang perkahwinan dalam misi merealisasikan impian perkahwinan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Adakah impian perkahwinan mereka akan terlaksana atau bertukar menjadi mimpi ngeri? Saksikan The Ring Mission untuk mengetahui kesudahan program ini.\r\n\n\n\n\rRancangan ini dibawakan kepada anda menerusi saluran 8TV pada setiap Ahad, jam 7 malam, bermula 5 Jun lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|