View: 136|Reply: 0
|
KL, Melaka tentukan juara hoki B-21
[Copy link]
|
|
KUALA Lumpur akan berdepan Melaka pada aksi final Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Kebangsaan di Stadium Hoki Johor Bahru, petang ini.\rPada aksi separuh akhir semalam, Johor selaku tuan rumah terpaksa akur dengan kehebatan Kuala Lumpur selepas tewas 4-1. Johor membuka jaringan pada minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Mohd Hafiq Abd Ghaffar namun pada minit ke-24 Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan menerusi sudut penalti oleh Mohd Zulhairi Hashim.\r\n\n\n\n\r Tiga lagi gol dijaringkan Mohd Shahril Saabah, Mohd Syamim Mohd Yusof dan Mohd Shahril.\r\r\n\n\n\n\n Dalam satu lagi separuh akhir, Melaka menewaskan Pahang 3-2. \rPahang membuka jaringan pada minit kedua hasil pukulan sudut penalti Mohd Hafizuddin Mat Desa namun dua minit kemudian, Melaka menyamakan jaringan menerusi gol padang Amirullah Zainol. \rPada separuh masa kedua, Pahang mendahului semula menerusi gol padang Mohd Hafizuddin tetapi Melaka kembali menyamakan jaringan hasil gol padang Muhd Hafiz Seleman, sebelum jaringan Mohd Huzairy Mohd Zin memastikan Melaka ke pentas final.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|