|
Venus ikut nasib adiknya, Serena gagal terus cabaran di Eastbourne\rEASTBOURNE (United Kingdom): Pemain Australia, Samantha Stosur akan beraksi di separuh akhir kejohanan gelanggang rumput Eastbourne buat tahun kedua berturut-turut selepas mengejutkan pilihan utama Vera Zvonareva 4-6, 7-6 (7/4), 6-4 kelmarin di kejohanan pemanas badan menjelang kejohanan Wimbledon.\r\n\n\n\n\r Stosur tampak seperti bakal kecundang kepada Zvonareva sebelum bangkit mencatat kemenangan pada set kedua menerusi tiebreak dan mendahului 4-0 pada set ketiga.\r\r\n\n\n\n\n Tatkala bekas finalis Roland Garros itu melakukan servis untuk kemenangan, permainannya tidak menjadi dan Zvonareva memperoleh mata untuk menjadikan kedudukan 3-5. Stosur bagaimanapun akhirnya kembali menguasai saingan untuk mencatat kemenangan.\rPilihan ketujuh, Stosur akan bertemu Marion Bartoli selepas pemain pilihan keenam dari Perancis itu mara apabila pilihan ketiga, Victoria Azarenka tidak menamatkan saingan akibat kecederaan buat kali keempat sejak Mac untuk memberikan kemenangan 6-2, 2-0 kepada Bartoli, yang tewas final Wimbledon 2007 kepada Venus Williams.\rTerdahulu kelmarin, Venus tewas kepada Daniela Hantuchova yang akhirnya mencatat kemenangan selepas 10 kali tewas kepada Venus sebelum ini.\rPemain Slovakia itu yang sebelum ini hanya menang dua set menentang pemain Amerika itu, mencatat kemenangan 6-2, 5-7, 6-2 pada suku akhir untuk menyingkirkan Venus sehari selepas adiknya, Serena tewas kepada Zvonareva.\r\n\n\n\n\rHantuchova akan berdepan pilihan kelima dari Republik Czech, Petra Kvitova yang menewaskan pemain Poland, Agnieszka Radwanska 1-6, 6-2, 7-6 (7/2). - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|