View: 226|Reply: 0
|
Selangor yakin catat hatrik juarai Liga Super
[Copy link]
|
|
TEMPOH rehat panjang menjelang perlawanan terakhir Liga Super 6 Julai depan yang bakal menentukan siapa bergelar juara musim ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya juara bertahan Selangor untuk mengembalikan kecergasan pemainnya yang cedera serta mengatur beberapa perlawanan persahabatan.Jurulatihnya, K Devan berkata, semua pemain Selangor diberi cuti sehingga Ahad ini sebelum kembali ke padang latihan untuk menghadapi tiga perlawanan pemanas badan demi memastikan Merah Kuning tidak kehilangan rentak apabila berdepan Perak di tempat lawan pada perlawanan terakhir itu.\n\n\n\n Menurutnya, rehat panjang ketika ini diharap mampu memulihkan beberapa tonggak seperti Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom, Hardi Jaafar dan Mohd Fadzli Saari yang masih belum pulih daripada kecederaan.\n\n\n\n\n “Semua mereka kecuali Fadzli tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang FELDA United Selasa lalu, dan sempena rehat panjang ini, kami mengatur program pemulihan untuk memastikan mereka kekal cergas menjelang kunjungan penting ke Ipoh,” katanya semalam. Selangor, juara bertahan Liga Super ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Kelantan tetapi masih berpeluang muncul juara andai The Red Warriors tercicir mata dalam kunjungan terakhirnya ke Stadium Likas, sekali gus mencatat kejuaraan hatrik Liga Super selepas menjuarainya pada 2009 dan musim lalu.Pada masa sama, Selangor turut berharap Terengganu yang hanya satu mata di belakang, juga tercicir mata apabila berdepan FELDA United di Stadium KLFA di Cheras.Namun Devan berkata, Selangor hanya mahu fokus dengan permainan sendiri untuk memastikan kemenangan dan tidak akan memikirkan apa perkembangan di Stadium Likas dan Stadium KLFA.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|