View: 171|Reply: 0
|
Azzuddin tuntut skuad Olimpik bangkit kemas diri
[Copy link]
|
|
SKUAD Olimpik harus bangkit segera memperbaiki kelemahan yang masih ketara selepas tewas dua kali dalam tempoh sembilan hari dalam siri persahabatan antarabangsa.\rKekalahan 0-4 kepada Qatar, kelmarin dan 0-1 kepada Kemboja pada 7 Jun lalu harus mengundang rasa gelisah skuad didikan Ong Kim Swee kerana akan menentang Lubnan dalam kelayakan Olimpik di Beirut, Ahad ini.\r\n\n\n\n\r “Pasukan kebangsaan harus menekan butang kecemasan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran akademi Chelsea Blue Pitch di NPNG Sports Centre, Damansara Damai, semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Mereka perlu segera bangkit untuk berdepan Lubnan. Saya harap kekalahan ini boleh dijadikan sebab untuk menekan butang kecemasan supaya pemain cepat belajar daripada kesilapan.”\rDitanya sama ada cuaca panas di Qatar antara faktor kekalahan pasukan negara, beliau berkata itu tidak boleh dijadikan alasan.\rMalaysia menentang Lubnan di Beirut Ahad ini dan kembali untuk perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun ini.\rDalam perlawanan kelayakan pertama menentang Pakistan pada 23 Februari lalu, Malaysia menang 2-0 di Stadium Shah Alam dan seri 0-0 di Stadium Punjab, Lahore, pada 9 Mac lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|