CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Bookie, jurulatih didakwa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Babitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang, NS  heading\'PERANG\' membasmi gejala rasuah yang kembali mencalar imej bola sepak negara diperhebatkan apabila dua watak - seorang bookie dan bekas jurulatih didakwa di tiga mahkamah berasingan, semalam di atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan.\n\n\n\n  Ia membabitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, pada tahun lalu.\n\n\n\n\n  Tertuduh, ahli perniagaan dari Singapura, K Rajendran, 51, dan bekas jurulatih T-Team, Sufian Ngah, 41, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan memohon untuk dibicarakan.Di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, M Bakri Abd Majid, Rajendran menghadapi enam tuduhan memberi suapan RM200 kepada pemain T-Team,  Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Mohd Nadzmeer Mohammad, Mohd Azuan Hussein, Mohd Hanifzam Muda dan Mohd Hafiz Mohd Noor untuk mengatur keputusan perlawanan pasukan T-Team dengan Selangor.Rajendran yang juga seorang bookie bola dituduh melakukan semua kesalahan itu di Hotel Blue Wave, Shah Alam di sini, jam 7 malam, pada Mac 2010.Mahkamah membenarkan Rajendran dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia dan memerintahkan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.\n\n\n\nM Bakri juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fadzillah Mohd Ossman memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan turut menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan kes.Di depan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban, Nursinah Adzmi, Rajendran menghadapi lima tuduhan memberi suapan RM2,000 kepada Mohd Azwan, Muhammad Shariquddin (RM5,000) dan Mohd Nadzmeer (RM4,000) serta Mohd Azuan (RM5,000) melalui Muhammad Shariquddin.Dia yang diwakili peguam V Shanmugam juga dituduh memberi suapan RM7,000 kepada Mohd Hafiz Mohd Noor melalui Mohd Azwan sebagai upah mengatur keputusan perlawanan bola sepak pasukan T-Team dengan Negeri Sembilan di sebuah rumah di No 18, Jalan Bidara 12, Taman Bidara di sini, kira-kira jam 7 malam, Mei tahun lalu.Nursinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 30 Jun ini.Sementara itu, di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Zainal Abidin Kamaruddin, Sufian dituduh memberi suapan kepada Mohd Azwan, Muhammad Shariquddin, Nadzmeer, Azuan, Mohd Hanifzam dan Hafiz.Dia dituduh memberi rasuah RM1,500 seorang kepada dua pemain di sebuah rumah di Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir, di sini kira-kira jam 7 malam pada Mac 2010.Suapan itu sebagai upah kepada dua pemain berkenaan untuk mengatur keputusan perlawanan bola sepak antara pasukan T-Team dengan Pahang.Bagi empat tuduhan lagi, dia dituduh memberi suapan RM500 seorang kepada empat pemain skuad berkenaan untuk tujuan sama di tempat dan tarikh yang sama.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Syafinas Wan Shabudin dan tertuduh tidak diwakili peguam. Zainal Abidin menetapkan 30 Jun ini sebutan semula kes dan memberi masa tertuduh melantik peguam.Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041892 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list