View: 126|Reply: 0
|
McLeish letak jawatan di Birmingham
[Copy link]
|
|
LONDON: Alex McLeish (kanan) meletak jawatan sebagai pengurus Birmingham City kelmarin selepas me?namatkan satu musim yang sentiasa di璱ngati kelab itu selepas memenangi trofi pertama dalam tempoh 48 tahun tetapi kemudian tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).\r\"Pemangku pengerusi, Peter Pannu menerima satu emel peletakan jawatan McLeish awal hari ini ketika berada di luar negara kerana satu tugasan perniagaan di Amsterdam,\" kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web.\r\n\n\n\n\rMcLeish, bekas pertahanan tengah kelab Aberdeen dan skuad kebangsaan Scotland selama beberapa tahun, me璶gukuhkan reputasinya sebagai pengurus di kelab Motherwell, Hibernian dan Rangers sebelum mengambil alih selaku pengurus Scotland pada Januari 2007.\r\r\n\n\n\n\nPelantikannya sebagai pe璶gu璻us Scotland itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila dia berpindah ke selatan untuk menggantikan Steve Bruce di Birmingham pada November tahun sama.\rBirmingham tersingkir daripada EPL pada penamat musim pertamanya selaku pengurus, tetapi dia membawa mereka kembali ke EPL pada kempen 2009/10 dengan menamatkan saingan di tangga kesembilan - kedudukan tertinggi sejak hampir setengah abad.\rTahun ini, mereka mengejutkan Arsenal dalam final Piala Liga tetapi kejayaan itu diikuti dengan kemerosotan prestasi secara dramatik dalam sai璶gan liga yang berakhir dengan penyingkiran selepas tewas kepada Tottenham Hotspur pada hari terakhir liga.\rMedia Britain sebelum ini mengaitkan McLeish dengan kemungkinan perpindahan kontroversi ke bandaraya bersebelahan untuk mengambil alih kekosongan berikutan peletakan jawatan Gerard Houllier dan pemerhati serta merta melihat McLeish kini calon paling sesuai. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|