View: 158|Reply: 0
|
Nasri, Fabregas kekal di Emirates
[Copy link]
|
|
Wenger tidak sedia lepaskan dua tonggak untuk hadapi musim baru\rLONDON: Pengurus Ar?senal, Arsene Wenger berkata, Samir Nasri perlu kekal di kelab itu dalam usaha untuk memenuhi potensi sebenar dirinya sebagai pemain bola sepak dan mendakwa kapten pasukan, Cecs Fabregas juga bercakap mengenai masa depan untuk kekal bagi \'tempoh yang lama\'.\r\n\n\n\n\rNasri masih belum bersetuju dengan syarat kontrak barunya dan dengan ikatan kontrak kini akan berakhir musim panas akan datang, dia boleh meninggalkan kelab itu secara percuma jika Arsenal tidak menjualnya.\r\r\n\n\n\n\nManchester United, Real Madrid dan Juventus dikaitkan dengan pemain Perancis itu, tetapi Wenger menegaskan dia mahu mengekalkan pemain 23 tahun itu di Emirates.\r\"Kami akan melakukan apa saja untuk mengekalkan Nasri di kelab ini. Harapan saya ialah dia kekal di sini,\" kata Wenger. \r\"Jika dia menoleh ke belakang, dia dapat melihat bahawa dia sudah agak lama bersama kami dan saya rasa masih ada sedikit yang perlu disumbang璳an olehnya. Kelab adalah pihak yang bertanggungjawab membina karier pemain.\"\rArsenal juga terpaksa berdepan dengan lebih banyak laporan kononnya Fabregas meminta untuk berpindah ke Barcelona musim panas ini, tetapi Wenger terus menyatakan bintang Sepanyol itu akan berada di Emirates untuk satu tempoh agak lama.\r\n\n\n\n\r\"Saya sangat jelas mengenai perkara ini. Bagi saya, Fabregas akan bersama Arsenal untuk satu tempoh yang lama dan dia akan kekal dengan Arsenal,\" kata Wenger. \"Kadang kala berlaku khabar angin yang boleh menyebabkan perpindahan.\r\"Tahun depan akan menyaksikan sistem kewangan yang lebih bersih, yang akan me璶gehadkan perpindahan besar. Saya rasa inilah tahun terakhir musim panas yang hangat - sangat hangat.\" - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|