CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Ju Pha, Shafie atlit terbaik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Dipilih olahragawan, olahragawati; kontinjen Terengganu juara keseluruhan\rSEPERTI dijangka, jaguh kenu dari Johor, Ahmad Shafie Abd Jabar (kanan) dan ratu basikal trek, Ju Pha Som Net dari Perlis dinobatkan selaku olahragawan dan olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur yang melabuhkan tirainya, malam tadi.\r\n\n\n\n\rKedua-duanya dipilih berdasarkan pencapaian masing-masing dengan Ahmad Shafie merangkul tiga emas (500m K1, 1,000m K1, 1,000m K2) satu perak dan satu gangsa manakala Ju Pha menyapu empat emas (acara scratch, kejar mengejar, pecut, 500m ujian masa) dan satu perak dalam semua acara individu yang disertai pada temasya kali ini.\r\r\n\n\n\n\nJu Pha, 18, mengakui terkejut dengan pengiktirafan tertinggi itu selepas gagal menyinar dalam penyertaan pada temasya di SUKMA 2006 di Kedah, SUKMA 2008 di Terengganu dan SUKMA 2010 di Melaka.\r\"Saya macam tidak percaya boleh menang anugerah ini kerana saya lihat ada beberapa atlit wanita lain yang turut menyerlah dengan memenangi banyak emas. Saya gembira dan dedikasi anugerah ini kepada ayah saya (Som Net Lim) yang banyak memberi dorongan selama ini,\" kata pelumba berasal dari Chuping, Perlis itu.\rSelepas membuka tirai 2 Jun lalu, temasya XIV ditutup secara rasmi malam tadi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Terengganu yang mengumpul 30 emas, lapan perak dan 12 gangsa muncul juara keseluruhan, diikuti Selangor (26-18-28) dan Johor ketiga (21-20-12).\rPahang akan menjadi tuan rumah temasya tahun depan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.060269 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list