View: 133|Reply: 0
|
Terengganu menang pingat emas terakhir
[Copy link]
|
|
SKUAD bola baling lelaki Terengganu melengkapkan kegemilangan kontinjen negeri itu apabila memenangi pingat emas ke-30 yang juga terakhir dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XIV sekali gus membolehkan mereka muncul juara keseluruhan format baru temasya kali ini.\rBagai pertembungan bola sepak Piala FA kelmarin, skuad Terengganu menyambung kecemerlangan negeri itu apabila menumbang璳an Kelantan dalam perlawanan sengit yang akhirnya berakhir dengan keputusan 15-12.\r\n\n\n\n\rJurulatih Terengganu, Mohd Nasri Abdullah berkata kebanyakan pemain yang berusia bawah 20 tahun itu adalah pemain sama menjuarai bola baling di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pada 2009 dan 2010.\r\r\n\n\n\n\n\"Memang sasaran awal kerajaan negeri ialah untuk kami membawa pulang pingat emas dan kami berbangga apabila kejayaan ini membantu kita memenangi emas terakhir buat Terengganu,\" katanya.\rBegitupun, impian Terengganu membolot kedua-dua emas dipertandingkan dalam sofbol tidak kesampaian apabila disekat Sela璶gor yang menundukkan mereka dalam final lelaki di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.\rSelangor memenangi emas selepas menundukkan lawan itu 6-1 sekali gus menebus kekalahan 3-4 dalam perlawanan di peringkat kumpulan. Bagaimanapun, pasukan sofbol wanita Terengganu berjaya menutup kesedihan kontinjen itu apabila mudah menewaskan Perak 22-4 untuk meraih emas.\rJohor berpuas hati dengan gangsa.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|