CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Debu Grimsvotn dijangka sampai ke Scotland

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Iceland bergelap akibat letusan gunung berapi,lapangan terbang utama ditutupREYKJAVIK: Debu dari gunung berapi Iceland yang meletus mungkin sampai ke utara Scotland menjelang hari ini dan sebahagian Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis atau Jumaat jika letusan berterusan pada kadar sama, syarikat penerbangan diberi amaran.\rAmaran itu berasaskan ramalan cuaca lima hari yang terbaru, namun perlu diteliti dengan berhati-hati kerana tempoh ramalan dan kehadiran tiupan angin berbeza daripada krisis debu tahun lalu, kata pihak berkuasa kaji cuaca.\r\n\n\n\n\r   Pihak berkuasa Eropah berkata   tiada gangguan dijangka ke atas ruang udara merentasi Atlantik atau Eropah dalam tempoh 24 jam daripada letusan gunung berapi paling aktif Iceland Sabtu lalu.\r\r\n\n\n\n\n   Iceland menutup lapangan terbang antarabangsa utamanya dan membatalkan penerbangan domestik kelmarin ketika letusan gunung berapi kuat menghantar ledakan asap, debu dan wap sejauh 20 kilometer ke udara.\rLetusan itu jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mencetuskan huru hara perjalanan antarabangsa, namun saintis berkata kemungkinan  kesan meluas seperti letusan tahun lalu adalah tipis.\rPakar geofizik Universiti Iceland, Magnus Tumi Gudmundsson, berkata letusan gunung berapi Grimsvotn   ‘lebih besar dan   hebat berbanding Eyjafjallajokull’,  yang meletus pada April 2010 menutup ruang udara Eropah selama lima hari.\r“Ada satu kawasan amat besar di tenggara Iceland di mana hampir berlaku kegelapan sepenuhnya dan hujan debu tebal.\r\n\n\n\n\r“Namun ia tidak tersebar   banyak. Angin tidak begitu kuat seperti   insiden Eyjafjallajokull,” katanya.\rKatanya, debu itu lebih kasar berbanding letusan tahun lalu, jatuh ke tanah lebih pantas. Debu yang menyelubungi kawasan berhampiran gunung berapi menukar persekitaran menjadi gelap dan meliputi bangunan, kereta dan padang dalam lapisan tebal kelmarin.\rPekerja perlindungan awam menggesa penduduk memakai topeng dan tidak meninggalkan rumah. Pengendali lapangan terbang dan pengawal lalu lintas udara ISAVIA berkata, lapangan terbang Keflavik, hab utama negara itu, ditutup jam 0830 GMT  sepanjang hari.\rJurucakap Hjordis Gudmundsdottir berkata gumpalan asap menyelubungi Iceland, namun ‘berita baik ialah ia tidak merebak ke Eropah’. – AP/Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048191 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list