View: 154|Reply: 0
|
Strauss-Kahn letak jawatan ketua IMF
[Copy link]
|
|
Mahu lawan tuduhan di mahkamah, tidak diberi kekebalan diplomatikNEW YORK: Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk melawan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di sini.\rJabatan Negara Amerika Syarikat pula memutuskan bahawa Strauss-Kahn tidak ada kekebalan diplomatik kerana beliau tidak mengendalikan urusan rasmi ketika ditahan dalam kes itu.\r\n\n\n\n\rBeliau ditahan selepas dibawa keluar dari pesawat di New York Sabtu lalu, menghancurkan harapannya untuk bertanding dalam pemilihan presiden Perancis pada 2012.\r\r\n\n\n\n\n“Saya menafikan sekeras-kerasnya segala pertuduhan yang dibuat terhadap saya,” kata Strauss-Kahn dalam surat peletakan jawatan dikeluarkan IMF bertarikh 18 Mei.\r“Saya mahu tumpu kekuatan, masa dan tenaga untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.\rSemalam, bekas menteri kewangan Perancis itu membuat rayuan kedua untuk membenarkan beliau diikat jamin dengan AS$1 juta (RM3 juta) dan diletakkan di bawah tahanan rumah sehingga perbicaraannya terhadap tuduhan cubaan merogol pekerja hotel. Beliau ditahan di penjara Rikers Island.\r“Ya memang ada pendengaran untuk ikat jamin esok (hari ini),” kata jurucakap pejabat Peguam Daerah Manhattan, Erin Duggan.\r\n\n\n\n\rGambar dirakamkan polis lebih 24 jam selepas Strauss-Kahn, 62, ditahan menunjukkan lelaki itu berada dalam keadaan lesu, matanya menampakkan kesedihan dan memakai baju T kusut.\rGambar itu berkemungkinan akan mencetuskan kemarahan Perancis terhadap lelaki yang dianggap sebagai pesaing kuat calon presiden diarak di depan kamera dalam apa yang digelar sebagai ‘rakaman pesalah’ sebelum beliau diberi peluang membela diri di mahkamah. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|