View: 205|Reply: 0
|
Lelaki makan 25,000 burger sejak 1972
[Copy link]
|
|
WISCONSIN: Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s.\rDon Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin.\r\n\n\n\n\r Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya.\rSebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu. \r“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan. \rMungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|