CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Trump tanya Presiden Syria, Ahmed Al Sharaa ada berapa ramai isteri - “Berapakah ramai isteri? Seorang?”

[Copy link]
Post time 14-11-2025 04:29 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON – Presiden  Donald Trump bertanyakan soalam pelik kepada rakan sejawatannya dari Syria di White House, Washington DC, lapor portal berita Ary News hari ini.


Soalan itu ditanya oleh Trump ketika beliau menerima kunjungan Presiden Syria, Ahmed Al Sharaa, Isnin lalu.


“Berapakah ramai isteri? Seorang?” tanya Trump sambil ketawa kecil.


Sharaa kemudian menjawab ya.


Trump sebelum ini pernah bertemu raja dan emir dari negara-negara Arab yang mempunyai ramai isteri.


Namun, Sharaa bertanya kepada Trump berapa ramai isteri yang beliau ada.


“Sekarang ini, seorang,” jawab Trump, disambut dengan gelak ketawa.


Presiden AS itu turut menghadiahkan dua wangian jenama Trump miliknya kepada Sharaa, malah menyembur pada presiden Syria tersebut dan Menteri Luar, Asaad Al Shaibani.


Trump menambah bahawa ia adalah yang terbaik sekali dan berkata, dua wangian itu adalah untuk Sharaa dan  isterinya.


Lawatan Sharaa ke White House itu merupakan yang pertama oleh mana-mana presiden Syria sejak 1946.


Sharaa  dan kumpulannya berjaya menyingkirkan pemimpin paling lama berkuasa di negara tersebut, Bashar al-Assad, Disember tahun lalu.


Beliau turut membawa hadiah untuk Trump iaitu replika artifak purba dari Syria, termasuk abjad pertama dalam sejarah, cop rasmi pertama, not muzik pertama dan tarif kastam pertama di dunia. – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045315 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list