CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8364|Reply: 0

[Sarawak] Premier mencadangkan pertandingan mereka bentuk corak dan logo AirBorneo

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

SERIAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) mencadangkan agar diadakan pertandingan mereka bentuk corak dan logo untuk syarikat penerbangan Sarawak AirBorneo.

Ujar beliau, orang ramai boleh berkongsi reka bentuk logo dan warna kapal terbang itu di media sosial dengan menawarkan peluang untuk mereka mempersembahkan ciptaan berdasarkan kekreatifan masing-masing.

"Saya telah melihat beberapa reka bentuk dan berwarna merah, hitam dan berwarna-warni di media sosial... ia kelihatan sangat bagus dan fantastik.

"Jadi saya cadangkan satu pertandingan (untuk reka bentuk) untuk mendapatkan corak yang betul dan menarik supaya orang ramai boleh memberi pendapat mereka untuk warna kapal terbang kita," kata Abang Johari pada Majlis Pelancaran Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Pusat Konvensyen Serian di sini hari ini.

Abang Johari menyatakan bahawa pengambilalihan syarikat penerbangan itu akan membolehkan tambang penerbangan lebih rendah terutama untuk pelajar Sarawak yang belajar di luar Sarawak.

"Dengan ekonomi yang kukuh, kami mahu tiket penerbangan mampu milik untuk memudahkan perjalanan rakyat Sarawak serta membantu anak-anak perantauan kembali dan pergi ke Sarawak dan destinasi pilihan mereka.

"Setiap tahun semasa Lan Berambeh Anak Sarawak, terutama para pelajar Sarawak merayu harga tiket rendah...kadangkala penerbangan telah ditempah sepenuhnya menyebabkan mereka terkandas di lapangan terbang.

"Justeru, saya mencari penyelesaian dengan menyediakan syarikat penerbangan sendiri bukan sahaja membantu anak-anak kita malah membawa lebih ramai pelancong luar datang mengunjungi Sarawak," katanya.

Antara yang hadir pada sidang media dan pelancaran itu ialah dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Khui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.261643 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list