CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 0

[Sabah] TLDM perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara melalui MNEK 5/25

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:25 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Wakil negara yang menyertai MNEK 5/25 merakamkan gambar kenangan bersama ketika majlis perasmian latihan terbabit.

INDONESIA: Penyertaan Malaysia dalam Multilateral Naval Exercise Komodo (MNEK) Siri 5/25 membolehkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperkukuh hubungan kerjasama antara negara-negara peserta yang terlibat dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim dan pengurusan Humanitarian Asistance and Disaster Relief (HADR).

Latihan multilateral anjuran Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) bermula 15 hingga 22 Februari depan di Bali, Indonesia ini diadakan secara dwitahunan dan bersifat non-war fighting melibatkan 39 buah negara dengan bertemakan Maritime Partnership for Peace and Stability.

Ketua Delegasi TLDM, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris yang juga Panglima Armada Timur berkata, penyertaan TLDM kali ini melibatkan dua buah Kapal Diraja (KD) iaitu KD Kelantan dan KD Selangor yang mewakili Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan antarabangsa serta kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

“Penglibatan TLDM dalam eksesais ini merangkumi beberapa aktiviti melibatkan Field Training Exercise (FTX), International Fleet Review (IFR) dan International Maritime Security Symposium (IMSS).

“Latihan turut melibatkan aktiviti lain yang mengukuhkan kerjasama dan kesefahaman seperti Engineering Civic Action Program (ENCAP), Medical Civic Action Program (MEDCAP), Lesson from Expert (LFE), Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Maritime Hospitality (MARHOS) dan Community Relations (COMREL),” katanya.

Terdahulu, beliau turut menghadiri Majlis Perasmian MNEK 5/25 yang disempurnakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut (KASAL) Laksamana TNI Dr. Muhammad Ali di Tanjung Benoa, Bali, Indonesia.

Selesai Majlis Perasmian, KASAL bersama perwakilan dari negara yang terlibat belayar bersama KRI DR. Radjiman Wedyodiningrat bagi menyaksikan International Fleet Review yang disertai oleh 37 buah kapal termasuk KD Kelantan dan KD Selangor.

Dalam pada itu, dalam sesi Bilateral Meeting, Khir Junaidi turut melaksanakan perjumpaan bersama Panglima Tentera Laut dari Indonesia, Brunei, New Zealand dan Australia serta ketua delegasi dari Rusia, Sepanyol dan Bangladesh bagi membincangkan perihal kerjasama pertahanan maritim sedia ada dan perancangan masa hadapan dalam usaha memperkukuhkan hubungan baik antara negara.

Katanya, ini secara tidak langsung membantu dalam membina Confidence Building Measure dan dapat meningkatkan keupayaan TLDM dalam menangani pengurusan kemanusian dan bencana alam serta pelbagai ancaman keselamatan maritim termasuk ancaman keganasan, penyeludupan, rompakan dan ancaman maritim lain yang boleh menggangu kestabilan serantau.

“Usaha memperkukuhkan kerjasama melalui latihan seperti MNEK ini juga dapat memupuk persefahaman dan interoperability yang lebih baik antara negara-negara terlibat.

“Peserta juga dapat berinteraksi, bertukar pengetahuan dan mempelajari taktik baharu serta Standard Operating Procedure (SOP) operasi negara masing-masing sesuai senario dan geopolitik semasa.

“Secara keseluruhannya, penglibatan TLDM dalam eksesais multilateral seperti ini dilihat platform terbaik untuk memastikan TLDM sentiasa bersedia dan mampu menghadapi cabaran maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Tambahnya, ia juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam mempromosikan kestabilan, keamanan dan menjaga keselamatan maritim di rantau ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.295642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list