CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12683|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sedia bekalkan elektrik ke selatan Filipina atas permintaan PM: Premier

[Copy link]
Post time 18-2-2025 02:54 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika menyampaikan ucapan pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Affin Bank Berhad di Kuching, malam tadi. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak bersedia untuk membekalkan tenaga elektrik ke selatan Filipina selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara ini selaras dengan rancangan negeri untuk menyalurkan bekalan elektrik ke Sabah menjelang tahun depan.

"Kita mempunyai loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan berkapasiti 500 megawatt (MW) di Miri serta tiga lagi loji di Bintulu dengan kapasiti keseluruhan 1,500MW.

"Jadi, kita akan mempunyai lebihan bekalan elektrik yang akan dihantar ke Sabah. Perdana Menteri juga telah meminta kita untuk menyalurkan lebihan bekalan ini ke selatan Filipina, dari Sabah.

"Ini bermakna kita akan menjadi pengeluar tenaga dalam ASEAN dan inilah kekuatan kita," katanya.


Abang Johari menerima cenderamata daripada Agil (kanan) sambil disaksikan oleh Wan Razly pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Affin Bank. - Gambar UKAS

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Affin Bank Berhad di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa Sarawak dijangka menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang tahun 2030 dan meningkatkan pengeluaran kepada 15GW menjelang 2035.

"Kapasiti penjanaan tenaga bagi Sarawak kini adalah 5GW. Jadi, apa yang akan kita lakukan dengan lebihan ini?

"Kita akan menjualnya kepada negara jiran," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, Pengerusi Affin Bank Berhad Datuk Agil Natt serta tetamu kenamaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list