CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28633|Reply: 5

Lelaki ceraikan bini talak tiga, nak kahwin dengan janda kerja gomen

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Di TikTok, tular kisah seorang ibu kepada lima cahaya mata yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.

Menurut pemilik akaun TikTok itu yang dipercayai seorang peguam, wanita berkenaan diceraikan suaminya kerana kehadiran orang ketiga.



"Suami ceraikan isteri talak tiga di rumah sebab isteri tak nak pergi mahkamah syariah, isteri tak nak bercerai. Dia tak nak anak-anak hilang kasih sayang ayah.

"Perkahwinan 12 tahun dikurniakan lima anak. Isteri tak kerja, suri rumah sepenuh masa. Suami nak sangat bercerai sebab nak kahwin dengan janda.

"Janda tiada anak, kerja kerajaan. Banyak tolong dia (suami) masa dia susah tiada duit," cerita individu itu.

Lebih mengejutkan, pemilik TikTok itu mendedahkan lelaki tersebut berkenalan dengan janda berkenaan menerusi aplikasi TikTok.

Selepas sah cerai talak tiga, lelaki itu juga didakwa menghalau bekas isteri serta kesemua anaknya.

"Enam bulan kenal di TiKTok. Janda tu bagi dia ketenangan, pandai layan, pandai masak. Janda tu minta dia ceraikan isteri sebab tak nak bermadu.

"Kedua-dua keluarga pun setuju nak kahwinkan mereka sebelum raya. Pengesahan lafaz cerai talak tiga sah jatuh sebab suami memang berniat dan dalam keadaan sedar.

"Isteri dan anak-anak dihalau keluar dari rumah. Rumah tu dibeli semasa suami bujang. Semoga dipermudahkan urusan puan, kuat ya puan," tulis individu itu lagi.

Menjawab soalan netizen di ruangan komen, pemilik TikTok memaklumkan wanita itu kini mempunyai tempat tinggal dan sudah mendapat pekerjaan.

Ramai netizen di ruangan komen menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu atas tindakan kejam bekas suaminya.

"Ya Allah, kuatkanlah kakak tu. Bukan senang nak kerja, anak kecil lagi.

"Semoga akak tu dan anak-anaknya sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki," tulis netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 12:17 AM | Show all posts
5 anak tu

its okay sis, hujung2 usia nanti, sis insyaallah dikelilingi anak-anak soleh dan solehah

meanwhile bapaknye, dah sakit terlantar, silap haribulan, bini tanak jaga. kena buang ke rumah orang tua. takpun duduk la sorang kat rumah tu

meratib cerita anak bini jahat tanak jaga dia blablablabla
tau-tau, kiok berhari-hari, takde orang perasan

very the drama bukan? tapi kebiasaannya begitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 01:08 AM | Show all posts
pi tuntut segala harta sepencarian, hutang2 tertunggak, nafkah anak2…
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 18-2-2025 09:35 AM

eleh tak jadi laki lagi mmg le gigih sapot duet. dh halal esok setan duk bisik kt telinga
(bisik mcm yusop taiyob)
biawak.. biawak.. biawak..
cerai kan lelaki itu..
u deseb better..
(org kawen elok2 dua dua bujang pon ade cobaan, ade je org sebok nk enterframe, awak kawin hsil zalim shondolan, berangan nnti nk aman aman? jd janda pon bodo)
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:13 AM | Show all posts
lawyer kadang2 hasanah jugak... hehehehe.. gila clout bukan setakat profession akak2 nurse joget2, doc2 jadi badut, engineer jadi pakar skincare, staff oil&gas terpaling PJJ, tapi lawyer pun kadang2 acah2 terpaling kes panas...walhal kau kerani court je... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 12:16 PM | Show all posts
hurmm amik ler laki mcm tu
mmg sedap amik hak org
bila dah dapat adrenaline tu pun dah takde
tak mencabo katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061051 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list