CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24428|Reply: 0

Pakai selipar di tangan, adik OKU semangat pergi sekolah

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:32 PM | Show all posts |Read mode
"Adik jalan, jalan. Boleh tak? Adik baik-baik eh."

Begitulah suara keterujaan seorang ibu melihat anak lelakinya begitu bersemangat di hari pertama persekolahan pada Isnin meskipun berstatus orang kurang upaya (OKU).

Kanak-kanak itu berjalan menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya, dengan dua tangan disarungkan dengan selipar bagi memudahkan pergerakan.



Rakaman murid tersebut berjalan bersama rakan-rakan menjadi tular di media sosial, hingga mencatatkan lebih 2 juta tontonan di TikTok.

Berkongsi cerita di hari pertama persekolahan, ibu kepada kanak-kanak itu, Siti Azah Mohd Jinal berkata, dia menemani anaknya, Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah yang berusia lima tahun memasuki prasekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha di Kota Tinggi, Johor.

Ibu berusia 38 tahun itu memaklumkan anaknya menghidap sindrom caudal regression (CRS) yang dilahirkan tanpa lutut dan betis sejak lahir.

"Ya, anak saya OKU. Tapi sebagai ibu, saya mahu dia dalam persekitaran normal bersama kanak-kanak normal lain.

"Macam pagi tadi, cikgu tak bagi dia beratur jalan dari kantin ke perhimpunan sekolah. Tapi nanti dia tak rasa momen-momen di sekolah bersama kawan-kawan," katanya ketika dihubungi mStar.

  


Bercerita lanjut, ibu tunggal yang mesra disapa Azah ini memaklumkan anak bongsu daripada lima beradik itu memang dilatih untuk hidup lebih berdikari berbanding usia dan keadaan yang dialami kanak-kanak itu.

"Dia faham bila ada orang terkejut dengan keadaan dia. Macam sekolah di luar ada budak tak tahu tanya eei kaki dia kenapa? Tapi dia kuat, dia tak hiraukan dan tak berkecil hati pun.

"Anak saya ni memang budak yang sangat aktif, happy-go-lucky dan paling menyenangkan," ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi.

Sebagai ibu, Azah kagum dengan semangat anaknya yang sangat kuat.

Menurut Azah yang menetap di Felda Bukit Easter di Kota Tinggi, dia merupakan suri rumah dan membesarkan sendiri kelima-lima anak yang bersekolah dengan yang sulung sudah berusia 16 tahun.

Bagi menyara keluarga dia mengusahakan bisnes kuih secara kecil-kecilan seperti popia, puding jagung dan koleh kacang.

"Inilah sumber pendapatan saya besarkan anak-anak. Saya hantar kuih ke gerai-gerai selain menerima tempahan," katanya.

Seperti ibu bapa lain, kata Azah, dia juga gementar berada di sekolah melihat keadaan anaknya memasuki alam persekolahan.

"Masa dia lahir, kaki dia tak bergerak. Masa enam bulan, ibu jari kaki baru bergerak. Dan mula merangkak masa umur setahun tiga bulan. Sekarang ni dalam keadaan macam tu, biarlah dia jalan ikut keselesaan dia.

"Biarpun tak ada tapak kaki, dia mampu berdiri. Kalau dia berkerusi roda, siapa nak tolak dia?

"Lagipun cikgu kata IQ dia normal. Biarlah orang nak kata apa, saya mahu dia jadi lebih berdikari. Memang saya nak dia macam orang normal, bergerak bebas dan berdikari," katanya sambil menambah dia mempunyai dua lagi anak yang turut belajar di sekolah sama untuk memantau keadaan adik mereka.

Jelas Azah, semangat anak bongsunya yang sangat kuat itu turut memberi inspirasi menjalani kehidupan dalam membesarkan anak-anak.

"Bila saya down, sedih... saya akan pandang anak yang sendiri kuat semangat, buat apa pun sendiri. Jadi, saya patut tunjuk diri saya lagi kuat dalam persekitaran normal," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045420 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list