View: 23414|Reply: 2
|
[Dunia]
Tali kren putus-3 pekerja maut, 10 cedera jatuh dari tingkat 5 bangunan
[Copy link]
|
|
Tiga pekerja binaan dilaporkan maut manakala sepuluh lagi cedera selepas terjatuh dari kren di tapak pembinaan sebuah hospital baru.
Menurut saksi kejadian, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi Sabtu, pekerja sedang menaiki kren untuk naik ke tingkat lima bangunan berkenaan.
Kejadian dilaporkan berlaku di tapak pembinaan Hospital Kemajuan Kebajikan Masyarakat (RS PKU) Muhammadiyah Blora, Jawa Tengah, Indonesia.
"Tali kren berkapasiti dua tan itu putus menyebabkan 13 pekerja terjatuh ketika kren naik ke tingkat lima.
"Tiga pekerja maut di tempat kejadian manakala 10 lagi cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," kata jurucakap Majlis Penasihat Kebajikan Masyarakat Muhammadiyah, Sugiyanto.
Susulan tragedi tersebut, kerja pembinaan bangunan hospital lima tingkat itu dihentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada siasatan lebih lanjut.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Itu passenger hoist, bukan kren. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 9-2-2025 03:56 PM
Tengok bangunan pun dah tahu tak kukuh dan sakit..rumah sakit belum siap dah ada yang sakit mati...lama2 jadi projek sakit.
Tak pasal2 berhantu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|