CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4698|Reply: 0

Tajuk Yang Disensasikan! Polis Indonesia Sahkan Kehilangan Eyka Palsu

[Copy link]
Post time 7-2-2025 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Kehilangan seorang personaliti media sosial di Makam Keramat Hutan Bambu di Bandung, Indonesia pada Isnin disahkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai cerita palsu serta satu bentuk lakonan.


Jurucakap polis daerah Panyileukan dikenali sebagai Kompol Kurnia berkata, ia adalah satu bentuk kandungan sensasi yang dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.




Usaha pencarian Eyka yang diketuai pihak berkuasa di Bandung.




"Keterangan diambil menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung menerusi TikTok pada Ahad.


"Tajuk cerita sensasi mereka adalah 'pempengaruh Malaysia (Eyka) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal'


"Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberikan kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.


"Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman serius terhadap penyebar berita palsu," ujarnya.


Kumpulan terbabit dikatakan sudah membuat permohonan maaf kepada polis dan mengeluarkan kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.


Terdahulu, Eyka yang juga rakan kepada personaliti media sosial sensasi, Ammar Nazhan dilaporkan hilang di dalam hutan sebelum ditemukan selamat pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.


Ketika dihubungi mStar, Ammar menolak segala tuduhan serta dakwaan pihak tertentu dan warga maya yang menyatakan insiden kehilangan seorang ahli pasukannya merupakan satu rekaan.


"Benda ni betul-betul dah jadi sebab kita pun dah selesai bagi kenyataan kepada polis, semuanya dah okay.


"Macam mana boleh kata macam tu sedangkan (mereka) tak ada kaitan dengan kejadian di sini (Bandung)," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.399239 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list