View: 5089|Reply: 4
|
[Tempatan]
Masjid Tak Mesra Jemaah, Pakcik Kena Urut Lutut Dulu Nak Naik 10 Anak Tangga!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, di laman media sosial timbul satu perbincangan mengenai reka bentuk masjid moden yang mana kebanyakannya dianggap tidak mesra terhadap jemahh khususnya warga emas.
Antara keluhan yang menjadi perbincangan oleh netizen ialah tempat ibadah yang mempunyai reka bentuk dewan solat di bahagian atas dan jemaah perlu menaiki anak tangga untuk menunaikan solat.
Di ruangan bawah pula dijadikan sebagai dewan serba guna yang mana menurut netizen jarang digunakan dan alangkah baiknya jika ruang bawah dijadikan sebagai dewan solat.
“Tempat solat di tingkat atas. Nak ambik wudhu atau nak pergi ke tandas kena turun bawah yang sampai 50-100 anak tangga. Padahal paling banyak ke tandas adalah orang tua. Malaysia dan reka bentung yang berfungsi memang susah nak jumpa,” tulis seorang netizen.
Ada juga netizen yang menggesa agar pihak masjid melantik pereka dan pekerja yang sentiasa solat di masjid bagi memastikan mereka mempunyai gambaran jelas dan tidak mementingkan aspek kosmetik sahaja.
“Sebab itu penting tukang design dan tukang buat ini belajar agama dan selalu solat dekat masjid. Itu satu hal pasal tangga, pasal tandas pun ya. Tempat wuduk wanita pun ya. Sanggup solat di petrol stesen sebab lebih mudah dan dekat,” tulis seorang lagi netizen.
Apa yang pasti, sebagai sebuah tempat untuk umat Islam menunaikan tanggungjawab yang hukumnya wajib, masjid perlu mengutamakan keselesaan jemaah berbanding terlihat gah atau lebih cantik di mata orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid design skrang ni pun tak mesra perempuan. Toilet kt bawah tapi ruang wanita tingkat atas. Hari tu ada kawan aku pi solat kt masjid style camni la sorg2, masa tu bukan waktu solat la. Tetiba ada lelaki masuk ruangan wanita kt tingkat atas tu. Terus kawan aku blah pdhal dh amek wudk dh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada warge emas mmg better cari surau2 petrol station aja. Cuma minus point, warga emas ni slow moving, surau petrol station selalunya kecik. So kalau waktu puncak tu harap yg muda2 laju2 ni memahami lah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku taktaula masjid lain...
masjid tempat aku mmg ruang solat wanita ada kt tingkat atas.. besar..
tapi ada jugak sediakan kt bawah tu.. belah belakang di partition kecik sket.. utk ruangan solat wanita waktu biasa..
time tak ramai.. solat kt bahagian bawah aje.. kalau ramai.. yg kt bawah ni biasa acik2 la.. xyah panjat tangga.. belah atas biasa ibu2 dengan budak2.. especially kalau time terawih.. budak2 kena naik atas dengan ibu2.. kt atas pon ada pintu sliding belah belakang untuk budak2 bising2.. so mak2 bawak anak.. anak2 main la kt blkg tu.. kita bole solat kt depan.. tak risau anak2.. bln puasa pon akan ada AJK monitor budak2 kt atas tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|