CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5867|Reply: 6

[Jenayah] Letak Harga Mahal, Jual 2 Buku Sampai RM4,000!

[Copy link]
Post time 7-2-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode


Dia menjelaskan: “Ada orang kecam saya sebab jual barang  RM1,800, sebab dia kata tak patut harga seperti itu.

“Dia macam ni, semakin rare barang itu maka semakin mahal harga dia.

Seorang penjual barang barang koleksi mempertahankan tindakannya menjual majalah ujang mencecah RM4,000 untuk dua unit.

Dia kecewa kerana ada orang mengecamnya menjual buku langka atau majalah Ujang rare itu dengan harga RM1,800 senaskah dan jika beli dua naskah akan dikenakan RM4,000.

“Ini satu lagi contoh barang rare yang saya jual, buku Ujang tahun 2001, dan satu lagi tahun 1999.

“Ini antara barang yang sudah tak ada lagi. Yang ini saya jual RM1,500 dan yang ini RM1,800.

“Dan andaikata kamu ambil [beli] dua, saya letak harga RM4,000.

“Sebab apa kita jual mahal mahal? Sebab ini barang yang sudah tak ada.”

Netizen agak berbelah bagi pendapat dengan harga diletakkan. Kerana menurut mereka harga untuk majalah Ujang yang dianggap rare itu tidaklah sampai RM4,000 untuk dua unit.

Majalah Ujang rare dibandingkan dengan Marvel

Namun ada juga yang mempertahankan tindakan peniaga tersebut. Kerana menurut mereka di luar negara komik Marvel yang dianggap rare boleh dijual sehingga USD5 juta.

Menurut mereka jika ada yang sanggupp membeli, tiada masalah. Kerana cabaran sebenar adalah mencari pembeli bukannya meletakkan nilai  harga.

Yang lain pula mempersoalkan tentang matematik digunakan oleh peniaga tersebut: “RM1,800 + RM1,500 = RM4,000?”

Mereka hairan kerana biasanya kalau dua barang ada harga diskaun. Tapi ini lebih tinggi pula.

Ada juga yang mencadangkan jika mahu membeli buku itu jangan terus beli dua naskah. Beli satu satu. Kerana risau terkena harga RM4,000.

Seorang lagi netizen kecewa mengenangkan majalah Ujang yang lama disimpannya sudah dijual ibunya kepada pembeli surat khabar lama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2025 07:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bior le dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 07:53 AM | Show all posts
dengan RM4,000

la ni dapat emas (999.9) 9.52 gram
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:16 AM | Show all posts
macam la ada org nak beli pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Marvel nk capai level tu pun selalunye komik yg tahun 60an 70an bang. ni abg takat jual paling lama pun 1999.tapi takpe mesti ads influenzs pencuci duit yg beli lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 08:34 AM | Show all posts
Jap, satu buku 1500, satu lagi 1800
Beli 2 4000?
Aku ke yang failed matematik ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.068777 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list