CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15450|Reply: 1

[Tempatan] Mekanik tak pernah perbaharui LKM motosikal langsung selama 23 tahun

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:59 AM | Show all posts |Read mode
IPOH – Seorang lelaki berusia 61 tahun dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikalnya selama 23 tahun.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Jalan Silibin-Ipoh hari ini, pegawainya mengesan motosikal tersebut melalui pemeriksaan rutin.



“Setelah semakan dibuat, didapati LKM kenderaan itu telah tamat tempoh sejak 2002.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik motosikal kerana melanggar Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mewajibkan semua kenderaan bermotor di jalan raya memiliki lesen kenderaan yang sah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di rumahnya memberi alasan tidak memperbaharui LKM motosikalnya kerana ia ditunggang di dalam kawasan tamannya sahaja.

Katanya, motosikal tersebut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan notis saman P22 atas kesalahan tiada perlindungan insurans dan LKM motosikal.

“Kesalahan ini adalah serius kerana LKM bukan sahaja bukti kenderaan telah didaftarkan tetapi juga memastikan pemilik membayar cukai jalan yang diperlukan serta memenuhi syarat keselamatan kenderaan,” katanya.

Mohammad Yusoff berkata, kenderaan tidak mempunyai LKM yang sah berisiko untuk tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan, sekali gus menyebabkan komplikasi kepada mangsa dan pemilik kenderaan.

Katanya, kesalahan tidak memperbaharui LKM boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, mengulas tentang Ops Motosikal sempena Tahun Baru Cina 2025 yang dilaksanakan di Bulatan Silibin hari ini, beliau berkata, sebanyak 626 notis saman atas pelbagai kesalahan melibatkan 584 kenderaan dikeluarkan pihaknya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 10:15 AM | Show all posts
kalau eksiden, naya kawan ooooo jenis macam ni, akhirat sok, merangkak jauh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.549511 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list